| Apakah istilah Bahasa Melayu untuk " burn fat"/"burn calories"? | Istilah bahasa Melayu bagi burn fat/burn calories ialah "bakar lemak/bakar kalori." | Istilah | 23.08.2022 |
| Apakah istilah untuk slash-and-burn cultivation? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk slash-and-burn cultivation. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk slash-and-burn, iaitu tebang-bakar. Istilah bahasa Melayu untuk cultivation ialah pertanian, penanaman dan tanaman. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk slash-and-burn cultivation ialah pertanian tebang-bakar. | Istilah | 21.09.2012 |
| Apa maksud burn out dalam bahasa melayu secara tepat? | Perkataan “burnout” mempunyai dua maksud dalam bahasa Melayu mengikut bidang yang berbeza. 1. Dalam bidang pentadbiran - Lesu upaya yang membawa maksud kehabisan daya mental dan fizikal seseorang disebabkan tekanan kerja. 2. Dalam bidang kejuruteraan - bakar lebur; bakar habis a. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin., b. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear. | Makna | 13.11.2025 |
| Apakah padanan bagi perkataan kawasan rambut/anak rambut di tepi telinga manusia (side burn)? Adakah ianya merujuk kepada perkataan 'bauk'? | Kami mencadangkan "sideburns" diterjemahkan sebagai "bauk", "cambang" atau "jambang". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.09.2021 |
| Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "burning" yang berasal dari perkataan "burn". Contoh ayat: Burning image file to the disc Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah menyalin. | Istilah | 28.06.2016 |