Rumah buruk itu sudah dirobohkan oleh pihak Majlis bandaran Kuantan. Adakah penggunaan 'buruk' betul dalam ayat ini. | Penggunaan yang paling tepat ialah usang, iaitu Rumah usang itu dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan. Kata buruk memberikan maksud terlalu umum, iaitu tidak cantik. | Tatabahasa | 18.08.2011 |
Masalah tulisan buruk | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Sila kemukakan soalan yang mencakup bidang perkhidmatan yang kami sediakan. | Lain-lain | 18.04.2013 |
Perkataan Jawi untuk : PUSAT BESI BURUK Terima Kasih. | Ejaan jawi bagi PUSAT BESI BURUK adalah seperti yang berikut: ڤوست بسي بوروق | Ejaan | 05.12.2019 |
Tuan, saya merujuk jawapan pihak tuan tentang ungkapan “Quran buruk” pada 17 April 2012. Saya bukan meminta agar ungkapan itu ditukar kepada “Quran lama”. Yang saya minta ialah pendapat pihak tuan tentang cadangan rakan saya agar ungkapan itu ditukar menjadi “Quran lama”. Rakan saya itu mengemukakan cadangan setelah terbaca komentar tentang “Quran buruk, Quran lama” dalam majalah Pelita Bahasa tahun 2009. Saya mengutamakan pandangan KN DBP apabila menjawab pertanyaan rakan/pelajar. Mohon ulasan susulan. Wassalam. | Merujuk Kamus Dewan perkataan buruk bermaksud tua dan rosak atau tidak cantik, manakala lama antaranya bermaksud telah wujud dalam jangka masa yang agak panjang atau wujud sejak dahulu lagi. Melihat kepada makna kedua-dua perkataan tersebut frasa "Quran Buruk" lebih tepat dari segi semantik berbanding dengan frasa "Quran Lama" dan frasa "Quran Buruk" telah diterima dalam bahasa Melayu untuk mengiaskan maksud tertentu. | Istilah | 17.04.2012 |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Quran buruk ialah bahasa kiasan yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu pula ada peribahasa “seperti Kur’an (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa”. Namun, rakan saya pernah mencadangkan agar kita menukar ungkapan “Quran buruk” menjadi “Quran lama” demi menjaga kesucian Islam. Apakah pandangan pihak tuan? Terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pendapat tuan akan saya kemukakan kepada pihak yang berkepentingan dalam pembinaan istilah. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
rumah buruk atau rumah usang. mana lebih tepat penggunaannya | Penggunaan yang tepat ialah "rumah usang" kerana usang bermaksud sudah lama benar berbanding dengan buruk yang mempunyai maksud lebih umum iaitu tidak cantik. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga? | 1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi. Manakala menaikkan pula bermaksud menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebis | Ayat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. | Tatabahasa | 11.08.2010 |