Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain? | Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain. | Lain-lain | 15.11.2011 |
burung-burung yang berterbangan pada waktu petang... ( burung-burung salah atau berterbangan?) | Ayat yang betul ialah "Burung berterbangan pada waktu petang". Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menerima apitan ber...an yang membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak' maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Minta pencerahan mengikut Laras Matematik Divide the birds into seven trees Bahagikan burung-burung dengan tujuh pohon pokok. atau Bahagikan burung-burung kepada tujuh pohon pokok. Bahagikan ‘dengan’ atau pun ‘kepada’? Terima kasih | Penggunaan perkataan yang sesuai ialah kepada. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.09.2021 |
Ayat-ayat yang berikut yg mana betul? Imbuhan ber..an 1 I Bintang-bintang berkelipan (Jamak) II Bintang-bintang berkelip (Jamak) III Bintang berkelipan (Jamak) Iv Bintang berkelip (Tunggal) 2 I Burung-burung bertebangan (Jamak) II Birung-burung bertebang (Jamak) III Burung bertebangan (Jamak) IV Burung bertebang (Tunggal) | Ayat yang betul ialah: Bintang-bintang berkelipan. Burung-burung bertebangan. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu. | Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul. | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Apakah padanan nama2 burung berikut sesuai digunakan? 1. Pigeon - burung merpati 2. Dove - burung dara 3. Wood dove - burung dara kayu 4. Quail dove - burung dara puyuh 5. Ground dove - burung dara tanah/delimukan 6. Ground pigeon - burung delimukan puyuh 7. Pheasant dove - burung delimukan dewata (terdapat di Indonesia) 8. Bronzewing pigeon - burung limbuk/limbukan 9. Imperial pigeon - burung pergam 10. Green pigeon - burung punai 11. Fruit dove - burung punai buah 12. Emerald pigeon - burung punai tanah 13. Zebra dove - burung merbuk aman 14. Collared dove/Turtle dove - burung merbuk balam/tekukur 15. Cuckoo dove - burung tekukur api 16. Rock pigeon - burung merpati batu 16. Passenger pigeon - burung merpati penumpang | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies burung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 25.11.2024 |
Burung-burung murai batu itu berkicau dengan riang sekali. Yang mana satukah ejaan yang betul? "murai batu" atau "Murai Batu" ? Mohon pencerahan, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah burung murai batu kerana merupakan kata nama am. | Ejaan | 03.08.2020 |
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutan | Frasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 06.09.2012 |
Kekeliruan antara Kedai Menjual Burung Chan, Kedai Burung Chan, Kedai Chan Menjual Burung atau Kedai Burung milik Chan. Yang mana satukah betul? | Yang betul ialah KEDAI BURUNG CHAN | Tatabahasa | 16.01.2013 |