Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata burung I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2.Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.     Tatabahasa01.08.2008
1. Burung itu hinggap di ranting pokok. 2. Burung itu hinggap pada ranting pokok. Dua kata sendi di dan pada yang digunakan dalam ayat di atas, manakah yang betul ? Mengapa ? terima kasih.Ayat yang betul ialah, Burung itu hinggap pada ranting pokok. - Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa29.07.2010
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu.Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul.Tatabahasa19.08.2009
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CKNya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas.Tatabahasa19.01.2012
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1 Beburung itu berkicauan pada waktu pagi. 2 Ayah menerima masak-masak cadangan kakak itu.

Ayat yang betul ialah 1. Burung itu berkicauan pada waktu pagi.  2. Ayah memikirkan masak-masak cadangan kakak itu. Untuk makluman, tidak ada perkataan beburung yang merujuk kepada burung. Memikirkan masak-masak ialah memikirkan dalam-dalam dan tidak ada menerima masak-masak.

Tatabahasa28.05.2011
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"?1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa.

2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah  (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya.
 
3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan.
Tatabahasa19.05.2013
1.Adakah terjemahan di bawah sesuai? a. feather: bulu pelepah b. lyrebird: burung lyre c. lark: burung lark 2. Adakah sesuai bunyi kicauan burung sewah padang ditulis sebagai "coo-coo"? Terima kasih banyak-banyak.

Terjemahkan
1.     feather: bulu (pelepah) 1">

        2.     lyrebird: burung lyre 1">

        3.     lark: burung lark 1">

        4.     Untuk soalan keempat, pihak kami tidak dapat memastikan bagaimana bunyi kicauan burung sewah. Sungguhpun demikian, dalam terjemahan bahasa Inggeris, terdapat perkataan coo yang bermaksud berkukur, mendekut dan memeram bagi merujuk kepada bunyi burung merpati.

Penyemakan dan penterjemahan09.08.2018
1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? atau Berapa ekorkah burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah / pusat membeli-belah 3. Ali menuju ke / menuju kelas Lima Biru.

Ayat yan betul ialah:

1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan?

2. pusat beli-belah

3. Ali menuju ke  Kelas Lima Biru.

 
Tatabahasa31.03.2010
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014
123456

Kembali ke atas