| Minta terjemahan berikut: Chief Business Officer Development Finance Business | Cadangan padanan perkataan “Chief Business Officer, Development Finance Business” ialah Ketua Pegawai Kewangan, Pembiayaan Pembangunan Perniagaan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 07.08.2023 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume. | Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case". | Lain-lain | 25.11.2019 |
| Apakah padanan "business-minded" dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Perkataan business minded apabila digunakan dalam ayat bermaksud cenderung dalam perniagaan. Cth. a business minded family diterjemahkan sebagai keluarga yang cenderung dalam perniagaan. | Makna | 22.02.2009 |
| Tuan, Apakah terjemahan perkataan terbaik untuk 'core business' seperti dalam ayat berikut: Secara amnya, core business' jabatan ialah menyediakan latihan........................................... | Data DBP memberikan padanan ‘perniagaan teras’ untuk frasa ‘core business’ dalam bidang perniagaan. Mengambil contoh padanan tersebut, kami mencadangkan ‘perkhidmatan teras’ untuk digunakan dalam perkhidmatan awam seperti jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun. | Istilah | 16.06.2014 |
| Salam sejahtera, Adakah "tidak" atau "bukan" lebih sesuai digunakan bagi ayat di bawah? English - not to get business, not to keep business, not to get access, not to get anything B. Melayu - tidak untuk mendapatkan perniagaan, tidak untuk menjaga perniagaan Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan "tidak" dan "bukan" yang betul? Terima kasih atas bantuan warga DBP. | Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. Untuk maklumat lanjut, srujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 263. | Tatabahasa | 02.07.2015 |
| Perkataan yang sesuai untuk pegawai awam: i. business card atau name card? ii. terjemahan tepat dalam bahasa melayu bagi business card (kad perniagaan) dan name card (kad nama) betul atau salah? | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah 'business card' dan padanan bahasa Melayunya ialah kad nama. | Istilah | 04.04.2011 |
| Mohon bantuan sekiranya ada istilah atau terjemahan yang lebih baik untuk perkataan berikut: Business adjacencies - Perniagaan Berhampiran ? Dalam konteks perniagaan/inovasi | Bagi konteks perniagaan/inovasi, business adjacencies merujuk kepada adjacent business, iaitu perniagaan bersebelahan; perniagaan dampingan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 26.06.2021 |
| Kursus Business Intelligence bolehkah kita tafsirkan sebagai kursus Pakar Perniagaan? Apakah pendapat tuan? Terima kasih | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan pasaran dan kursus tersebut boleh diterjemahkan sebagai Kursus Perisikan Pasaran. | Istilah | 12.09.2012 |
| Mohon pandangan untuk terjemahan perkataan Business Intelligence dalam konteks teknologi maklumat. Dalam penulisan tesis saya mengunakan terjemahan 'risikan bisnes'. Berikut adalah antara cotoh definisi Business Intelligence, "risikan bisnes merupakan satu set alat bersepadu, teknologi dan produk yang diprogramkan, yang digunakan untuk mengumpul, mengintegrasikan, menganalisis dan mengubah data kepada maklumat. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membolehkan pembuatan keputusan bisnes yang efektif (Yeoh & Koronios 2010)." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "business intelligence' tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "market intelligence" yang padanan bahasa Melayunya ialah perisikan pasaran. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "business intelligence" ialah perisikan perniagaan. | Istilah | 08.10.2012 |
| apakah perkataan yang sesuai untuk Business Matching dalam Bahasa Malaysia | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business matching" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "matching" dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan yang padanan bahasa Melayunya ialah pemadanan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "business matching" ialah pemadanan perniagaan. | Istilah | 01.11.2013 |