tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ) | Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'? | Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi. | Tatabahasa | 31.05.2007 |
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBP | Sdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.01.2013 |
Boleh kah manuskript di hantar secara atas talian? Di bahagian mana laman sesawang DBP perlu saya layari? | Terima kasih kerana menghubungi pihak kami. Sdr boleh menghantar manuskrip secara dalam talian kepeda Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel khalik@dbp.gov.my. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir mengenai diri Sdr seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan bersama-sama manuskrip yang Sdr lampirkan. Sekian. | Lain-lain | 11.04.2011 |
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih. | Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir". | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Saya ingin mendapatkan maksud sebenar rekod yang lebih jelas. Boleh tak jelaskan dengan lebih terperinci memandangkan ayat yang saya sertakan di bawah ini masih belum terperinci "Rekod bermaksud apa-apa catatan, minit dan dokumen yang diwujudkan" | Menurut kamus Dewan, "rekod" membawa maksud: 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan. 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat. 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang. | Makna | 11.06.2013 |
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasih | Istilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa. | Istilah | 25.04.2010 |
Penjodoh bilangan untuk pingat adalah butir atau buah. Tetapi, bagaimana nak tahu bila nak gunakan yang mana satu? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah buah. Buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya sebutir telur; dua butir peluru. | Tatabahasa | 25.05.2013 |
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama. | Istilah | 11.02.2010 |