tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ) | Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Status permohonan anda. Butir-butir permohonan: No. Rujukan: 46325/2018 Pemohon :NUR AFIQAH BINTI RAMLEE Tajuk :Servis Creative Brilliant Arts Status :Tidak Lulus Tarikh dan Masa Permohonan : 9/10/2018 11:46:20 AM Catatan/Komen : Sila terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu kecuali nama yang telah didaftarkan Sila buat pembetulan pada visual iklan, muat naik dan tekan butang kemas kini. • Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses kemas kini. | Puan perlu daftar masuk akaun khidmat pengesahan bahasa puan melalui laman web berikut: dbpsahbahasa.my, masukkan ID pengguna (E-mel) dan kata laluan, kemudian klik pada no. iklan 46325/2018, lampirkan (attach) visual yang telah dikemas kini dan tekan butang kemas kini. | Lain-lain | 24.10.2018 |
Re:DBP : Pengesahan Bahasa Melayu : 24002/2017 Butir-butir permohonan: No. Pendaftaran : 24002/2017 Pemohon : Universal Power Factor Sdn Bhd Syarikat : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tajuk : UNIVERSAL POWER FACTOR SDN BHD Tarikh Selesai : 21/04/2017 Status : TIDAK LULUS No. Kelulusan : Jika TIDAK LULUS, sila klik pada PRPM > e-Perkhidmatan > Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk melihat komen/pindaan yang perlu dibuat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “KILANG KABEL” di bahagian paling atas Salam Sejahtera, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan kami adalah kontraktor elektrik bukan pengilang atau pengeluar barangan. Perkataan “KILANG KABEL” yang tuan cadangkan adalah tidak bersesuai dengan kami. Mohon pihak tuan menyemak semula dan kerjasama tuan amat dihargai. Sekian Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, "KILANG KABEL" hanyalah sebagai contoh. Sila letakkan keterangan yang sesuai dengan aktiviti syarikat tuan, seperti "PERKHIDMATAN KERJA ELEKTRIK". Sila buat pembetulan dan hantar semula permohonan tuan melalui portal yang tersebut. | Lain-lain | 21.04.2017 |
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih. | Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
manakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat? 'panduan/peraturan' atau 'panduan atau peraturan'? | Panduan dan peraturan mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaannya dalam ayat. Panduan ialah sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); manakala peraturan ialah segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi. | Tatabahasa | 31.05.2007 |
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir". | Tatabahasa | 10.05.2013 |
Penjodoh bilangan untuk pingat adalah butir atau buah. Tetapi, bagaimana nak tahu bila nak gunakan yang mana satu? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah buah. Buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya sebutir telur; dua butir peluru. | Tatabahasa | 25.05.2013 |
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBP | Sdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.01.2013 |
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharap perkara ini dapat diselaraskan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
penjodoh bilangan yang tepat bagi "pingat" butir, bentuk, biji atau buah? | Saudara, Yang paling sesuai ialah sebuah pingat. | Tatabahasa | 18.08.2010 |