Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, membeli: a rival company made a bid to ~ up the chain of food stores, sebuah syarikat pesaing telah membuat bida utk membeli rangkaian kedai barang makanan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ so. over, menyogok, memberi rasuah kpd sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st off, membayar [sso] supaya tdk + approp v, menyingkirkan (sst) dgn membayar (sso): he bought off the other claimants to the title, dia membayar pihak lain yg turut menuntut supaya tdk menuntut hak milik itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st back, membeli balik: they were unable to ~ the house back, mereka tdk dapat membeli balik rumah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. purchase, membeli; (so. st) membelikan: to ~ and sell goods, membeli dan menjual barang-barang; to ~ a train ticket, membeli tiket kereta api; he bought her a new car, dia membelikannya sebuah kereta baru; 2. be capable of purchasing or acquiring, membeli: money cannot ~ happiness, wang tdk dapat membeli kebahagiaan; the things that money cannot ~, benda-benda yg tdk dapat dibeli dgn wang; 3. get procure by some sacrifice, memperoleh: the victory was dearly bought, kemenangan itu diperoleh dgn pengorbanan yg besar; 4. win over by bribery, membeli: some public officials can be bought, setengah-setengah pegawai awam boleh dibeli; 5. (sl) accept, believe, percaya: I don’t ~ that explanation, saya tdk percaya akan penjelasan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : make a ~ of, membeli; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n belian; /good, bad/ ~, belian yg /baik, merugikan/: Cannon bed sheets were among the best ~s, cadar Cannon adalah antara belian yg paling baik; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ into, buy share, membeli saham: they bought into General Motors, mereka membeli saham General Motors; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ os out, (membayar wang) utk keluar dr: he paid a substantial amount of money to ~ himself out of the army, dia membayar sejumlah wang yg banyak utk keluar dr tentera; ~ so. out, a. (buy so’s share of business) membeli saham sso; (buy so’s share of property) membeli bahagian harta sso: he has enough money now to ~ his partner out, dia mempunyai wang yg cukup utk membeli saham rakan kongsinya; b. gain release from st by payment, (membayar wang) utk mengeluarkan sso dr: his parents are planning to ~ him out of the army, ibu bapanya bercadang membayar wang utk mengeluarkannya dr tentera; ~ st out, gain control of st by buying, membeli: he is rich enough to ~ out the estate, dia cukup kaya hingga dapat membeli seluruh ladang itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buy

Peribahasa

67

Don't buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
You must buy the books separately, for which you may be charged a booking fee. Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa 'for which'? Terima kasihTidak ada terjemahan khusus untuk "for which" dalam bahasa Melayu. Ayat tersebut tidak perlu  diterjemah perkataan demi perkataan, memadai  tuan hanya mnterjemah maksud ayat tersebut. Terjemahan yang dicadangkan ialah Anda perlu membeli buku tersebut secara berasingan kerana anda akan dikenakan bayaran tempahan.Penyemakan dan penterjemahan20.02.2017
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang tepat untuk "Buy more storage". Bidang: Teknologi Maklumat, Konteks: Storan dalam talian percuma yang disediakan tidak mencukupi untuk menyimpan fail bersaiz besar. Oleh itu, pengguna disarankan supaya 'buy more storage'. Antara terjemahan yang lazim: 'Beli lagi storan', 'Beli lebih banyak storan', 'Beli lebih storan'. Mana satukah sebenarnya terjemahan yang tepat? Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih.Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah Beli lebih banyak storan atau Sila beli storan.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, jika pertanyaan seperti 'do you want to buy this?' diikuti dengan 'i'm good', apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'good'? Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada kami untuk penyemakan.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2017
Hi Team, I am a principal of a Tuisyen centre. I need to buy student books and teacher books for BAHASA MELAYU 1-6.

Salam sejahtera,

 

Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh di beli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// atau http://dbpniagav2.dbp.gov.my 

 

Sekian, terima kasih
Lain-lain17.12.2019
Mohon pencerahan tentang penggunan “di”, “dalam” dan “pada”. Saya lihat kebelakangan ini banyak penggunaan seperti “(Buy on Shopee - Beli di Shopee”, “Search in Lazada - Cari di Lazada” untuk platform maya. Menurut definisi, “di” hanya digunakan untuk “masa, tempat fizikal dan arah”. Maka adakah penggunaan seperti di atas adalah salah dan sepatutnya penggunaan kata sendi yang betul adalah “Beli pada Shopee”, “Cari dalam Lazada”? Penggunaan kata sendi nama yang salah untuk konteks platform maya sungguh mengelirukan kerana terdapat banyak penggunaan yang tidak menetapi definisi Tatabahasa Dewan.

Penggunaan kata sendi nama “di”, “dalam” dan “pada” dalam contoh ayat yang diberikan salah. Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam contoh ayat ialah “Beli melalui Shopee” dan “Cari melalui Lazada”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265-284.

Tatabahasa13.04.2026
Salam sejahtera, saya ingin bertanyakan istilah yang sesuai dengan bidang kripto / metaverse. Gas fee - Caj gas? (How much is the current gas fee?) minted / minting / mint - beli ? Core buy - pembelian teras? peer-to-peer basis - marketplace - pusat pasaran? Claim - selain tebus, apa lagi makna claim? Sekian terima kasih.

Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Istilah05.12.2022
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.

Assalamualaikum,

Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan.

Terima kasih.

Istilah30.12.2017
Salam sejahtera tuan/puan, Dilampirkan fail untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan bagi perkataan “overweight” ialah “berlebihan”, “underweight” pula “berkurangan” dan “trading buy” ialah “belian dagangan”. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat dan sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris "Emperor's New Clothes"? Contoh ayat: "The company's newest device is, in fact, a complete waste of money, but so many people are invested in their brand loyalty that they will continue to buy and adore it like the emperor's new clothes."Terjemahan yang sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris “Emperor’s New Clothes” ialah sesuatu perkara yang dianggap betul atau boleh dipercayai disebabkan orang ramai tidak mahu mengkritik perkara tersebut atau kritikan dianggap sebagai perkara yang berlawanan dengan pandangan majoriti.Penyemakan dan penterjemahan20.05.2021
Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya.Penyemakan dan penterjemahan22.11.2018

Kembali ke atas