cabaran sastera dalam penerusan warisan | Untuk makluman saudari, sila rujuk majalah terbitan DBP khuhsusnya Majalah Dewan Sastera. Untuk membuat rujukan majalah Dewan Sastera, saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.01.2009 |
Cabaran Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu: dan rujukan-rujukan terperinci yang boleh didapati pembaca bagi tujuan tesis Kolej dan Universiti. | Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di institusi pengajian tinggi, awam dan swasta. | Lain-lain | 16.05.2008 |
Tuan/ Puan Apakah bezanya antara Cabaran, halangan dan masalah? Contoh soalan Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? (Yang manakah berikut merupakan cabaran dan bukan masalah atau halangan?) i. Kekurangan kewangan ii. Rakyat negara yang terlalu memilih pekerjaan iii. Gaji rakyat tempatan yang tinggi iv. Kekurangan pegawai penguatkuasaan v. Kes Jenayah yang meningkat vi. Peningkatan pengangguran rakyat tempatan vii. aliran keluar wang negara terima kasih cikgu tan | Cabaran bermaksud sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud gangguan atau rintangan dan masalah bermaksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? Penggunaan perkataan cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji kemampuan Malaysia menanganinya. | Tatabahasa | 04.06.2012 |
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasi | Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan. | Lain-lain | 12.03.2007 |
Terima kasih, Tuan. Minta penjelasan lanjut. Kerajaan menghadapi pelbagai masalah dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai halangan dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Soalan 1. Adakah penggunaan perkataan masalah, halangan dan cabaran pada 3 ayat di atas betul? 2. Adakah masalah yang ujud akan menjadi halangan dan jika tidak dapat diselesaikan ia akan menjadi cabaran? Contoh : Kerajaan menghadapi masalah kewangan dalam mengawal kebanjiran pekerja, dengan kata lain kerajaan menghadapi halangan iaitu sumber kewangan terhad. Maka, dengan sumber kewangan yang terhad, cabaran kerajaan ialah mendapatkan wang untuk mengawal kebanjiran pekerja asing 3. Bolehkah tuan kemukakan beberapa contoh situasi yang mendatangkan cabaran kepada negara atau individu supaya saya lebih jelas tentang maksud cabaran untuk dibezakan daripada halangan dan masalah. contoh 1 Apa cabaran seorang pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apa masalah yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apakah halangan yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Faktor cuaca adalah cabaran, juga merupakan masalah, juga merupakan halangan kepada seorang pendaki. Jadi, apa bezanya? | Untuk makluman tuan, huraian makna yang diberikan adalah merujuk Kamus Dewan dan Kamus Dewan tidak menghuraikan secara perinci tahap makna perkataan tersebut. Pada pandangan kami ayat yang paling tepat ialah Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Kerja mengawal kebanjiran pekerja asing dianggap sebagai cabaran yang menguji kemampuan negara kita untuk menanganinya. Walau bagaimanpun tidaklah salah jika "mengawal kebanjiran pekerja asing" dianggap sebagai masalah atau halangan kepada negara kerana hal ini juga memerlukan penyelesaian (masalah) dan juga menjadi rintangan kepada negara. Hal ini demikian kerana kita boleh melihat ayat itu daripada pelbagai aspek sama ada masalah atau halangan atau cabaran. Untuk melihat contoh lain penggunaan kata cabaran, layari cabaran&d=9">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran&d=9. | Makna | 07.06.2012 |
KESAN DAN CABARAN MEDIA MASSA MASSA MASA KINI | Saudara, Untuk pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa Melayu | Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.07.2009 |
apakah cabaran bahasa melayu masa kini? Sama ada kepada sosial dan ekonomi di negara Malaysia | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu hakikat dan cabarannya oleh Hassan ahmad. Dewan Bahasa : 1/10/1979 2.Cabaran Dunia Berbahasa Melayu . oleh Hassan Ahmad. Pelitab Bahasa : 1/11/95. 3.Glabalisasi Bahasa dan Budaya Melayu oleh A.Azizi Deraman.Dewan Budaya.1/07/1996 4.Natijah dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa keempat didunia.oleh Anwar Rethwan.Dewan bahasa : 1/04/2002 | Lain-lain | 27.01.2008 |
capai & menangilah cabaran rm 3,000,000 | Soalan tidak jelas. Sekiranya untuk permohonan pengesahan bahasa dalam iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa. Frasa yang betul ialah Capai dan Menangilah Cabaran RM 3000.00.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan-perkataan seperti "amalan", "cabaran", "prinsip", "dasar", "undang-undang", dan sebagainya? Adakah perkataan "sebuah" sesuai untuk digunakan? Saya sering melihat perkataan-perkataan ini digunakan tanpa didahului oleh sebarang penjodoh bilangan. Sebagai contoh, "sembilan cabaran Wawasan 2020", "lima prinsip rukun negara", "tujuh amalan sunnah Rasulullah", "sepuluh dasar kepimpinan guru". Oleh itu, antara dua rangkai ayat di bawah, yang manakah ayat yang betul? (a) Pelaksanaan ini adalah berdasarkan tiga prinsip utama. (b) Pelaksanaan ini adalah berdasarkan tiga buah prinsip utama." | Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama kata bilangan untuk kata nama konkrit seperti benda, haiwan dan manusia. Amalan, cabaran, prinsip dan sebagainya bukanlah kata konkrit, maka tidak perlu didahului penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 07.09.2013 |