| CABLE | KABEL | Istilah | 14.01.2011 |
| Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965. | Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google. | Lain-lain | 17.04.2019 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu 2. Cow Hobble - Sengkela Lembu 3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu 4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu 5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri 7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri | Istilah | 10.03.2016 |
| Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasih | Dalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu | -top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | | set-top box | kotak atas set | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. | Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2014 |
| Mohon cadangan istilah bagi perkataan berikut yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pembinaan: i. incomer (*Incomer supplies power to the substation bus, while feeder takes out that power from the bus to the loads) ii. Cable Laying, pulling and dressing iii. Receiving Authority iv. Approving Authority v. Livening Up Notice vi. Live Panel & Cabinet vii. Onboarding date viii. Energized area Terima kasih. | Mohon tuan berikan takrifan setiap istilah supaya kami dapat mencadangkan padanannya. | Istilah | 21.11.2019 |
| pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |