Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan. | Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan. Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
maksud sempurna | Makna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442. | Makna | 03.09.2007 |
Apakah maksud Orang Kelainan Upaya | Perkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera. | Makna | 12.11.2009 |
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif. | Makna | 01.04.2010 |
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasih | Ya ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu. | Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut. | Lain-lain | 01.04.2009 |
apakah maksud pincangan? | Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela. | Makna | 01.02.2013 |