Salam tuan di talian....saya menghadapi kekeliruan dengan peribahasa 'cacing kepanasan'...adakakah 'cacing kepanasan' dikelaskan sebagai simpulan bahasa atau perumpamaan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Cacing kepanasan dikelaskan sebagai peribahasa yang membawa takrifan sebagai tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan | Sastera | 08.11.2012 |
Ada tak simpulan bahasa negeri cacing. Kalau ada apa maksudnya | Dalam Kamus Dewan rangkai kata "negeri cacing" dilabelkan sebagai peribahasa yang bermaksud mati. | Lain-lain | 20.06.2013 |
Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak? | Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll). | Lain-lain | 29.10.2008 |
Assalamualaikum, saya nak tanya apa terjemahan 'spoon worm' dalam bahasa Melayu? Adakah cacing laut seperti bahasa Indonesia? | Melalui carian di Internet, spoon worm ialah echiura. Dalam pangkalan data kami, echiurid worm diterjemahkan kepada cacing ekuirid. Jika spoon worm sama dengan echiurid worm, maka terjemahan yang betul ialah cacing ekuirid. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2015 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan untuk "prelidiction site". prelidiction site adalah "tapak" i.e site bagi yang menjadi sasaran khusus. Misalnya prelidiction site untuk cacing pipih ialah organ hati. Cacing ini tidak akan pergi kelain-lain organ, melainkan hati. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "prediction site" ialah tapak ramalan. | Istilah | 19.10.2016 |
maksud keluguan dan segmentasi | Lugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan. | Makna | 12.09.2009 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |