Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cair] | چاءير

Definisi : 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cair] | چاءير

Definisi : 1 tidak keras dan tidak berupa gas tetapi dpt meleleh atau mengalir: Lilin akan menjadi ~ apabila dipanaskan. 2 terdapat airnya lebih banyak; lw pekat: larutan yg ~. mencair menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. mencairkan menjadikan cair. cairan sesuatu yg cair; cecair. kecairan perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. pencairan perihal, proses dsb mencair atau mencairkan: ~ air batu di kawasan pergu­nungan. pencair bahan yg mencairkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cair

Peribahasa

Pahamnya (fahamnya) bagai getah cair.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan.Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk".Tatabahasa28.04.2013
Saya ada kemuskilan mengenai penggunaan simpulan bahasa otak cair.Bolehkah otak cair digunakan untuk kata ganti nama pertama.contoh ayat saya otak cair? Terima kasihPenggunaan simpulan bahasa bukanlah secara leluasa. Dalam ayat penyata, penggunaan kata lazim lebih sesuai bagi menjelaskan maksud ayat, contohnya Saya pandai, bukan Saya otak cair. Simpulan bahasa mungkin sesuai digunakan dalam esei bagi mewujudkan variasi dalam pemilihan kata dan binaan ayat.Tatabahasa11.08.2015
menjadi cairKami tidak menjawab soalan berbentk teka silang kata.Lain-lain07.04.2010
cair dan gaul ialah diftong atau vokal berganding?Cair dan gaul ialah vokal berganding.Tatabahasa07.10.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.Makna26.04.2012
DBP menyatakan air sebagai diftong, dan cair sebagai vokal berganding, bolehkah jelas lebih lanjut mengapa sebegini? Terima kasih.Setelah berbincang dengan pakar bahasa, air dan cair merupakan vokal berganding. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa22.01.2013
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasaDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.

Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai.

Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair.
Tatabahasa23.07.2014
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih.1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair
2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair.
3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant.
Istilah25.10.2016
Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih.

Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya:

a)    Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha.
       (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha)

b)   
Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik.
              (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik)

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut:

            a)    Cair di dalam mulut.
            b)    Suluh untuk melihat di dalam telinga.
            c)    Ulser di dalam perut. 

Lain-lain25.06.2022
123

Kembali ke atas