Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap II 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009
1) adakah "penghuni kampung" diterima? 2) sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) / kedua-dua pun boleh diterima? 3) sistem pengedaran darah / sistem peredaran darah / kedua-dua pun betul? 4) adakah memberi penghormatan & memberikan penghormatan sama maksud? 5) bagaimana untuk membezakan penggunaan terancang & dirancang? 6) Mengikut Kamus tatabahasa, tersangat + kata adjektif kan betul? namun kenapa banyak jawapan bagi soalan buku tatabahasa menunjukkan "tersangat" adalah salah? saya memeriksa portal khidmat nasihat dari 2012 hingga 2015. Ada pegawai petugas yang cakap betul, ada yang berpendapat "tersangat" ini salah. harap mendapat maklum balas.

Cadangan jawapan seperti berikut:

1)    (1) Jawapan yang betul ialah penduduk kampung

2)    (2) Bersempena dengan perayaan

3)    (3) Sistem peredaran darah

4)    (4) Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
     i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Pak Ali memberi anak-anaknya wang saku.
     iiMemberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

5)    (5) Perkataan terancang dan dirancang membawa maksud yang sama iaitu sudah dirancang.

6)    (6) Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah 
     penghabisan. Contoh: teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

Tatabahasa08.02.2021
Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai simbol ' dan " serta simbol lain-lain yang digunakan dalam penulisan laporan, surat dan lain-lain, terutamanya melibatkan laporan dalam bahasa inggeris dan dimasukkan perkataan bahasa malaysia. Antara contohnya: Selection Screen refer to 'Laporan Harian'- perkataan didalam '...' itu perlu disengetkan atau tidak. Terima kasihDBP hanya memberikan khidmat nasihat untuk bahasa Melayu. Tanda petik ("   " ) digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik ('   ' ) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. Untuk maklumat lanjut mengenai tanda baca, sila rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Gaya Dewan Edisi Ketiga. 1">Ejaan14.10.2016

Kembali ke atas