Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata california


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui terjemahan bagi "California State Route 67". Terjemahan manakah yang betul: Laluan Negeri California 67 atau Laluan 67 Negeri California?Terjemahan yang dicadangkan ialah Laluan 67 Negeri California.Penyemakan dan penterjemahan03.02.2015
Tuan, bolehkah menerangkan kepada saya perbezaan penggunaan perkataan penjumpaan dan perjumpaan. Tolong berikan ayat contoh. Sekian, terima kasih.Penjumpaan ialah perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: Penjumpaan emas di California telah menarik para pelombong ke sana.

Perjumpaan pula ialah hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: Perjumpaan itu telah diadakan di Balai Budaya.
Tatabahasa19.05.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications."Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023

Kembali ke atas