dia merupakan antara calon/calon-calon yang layak.... | Jawapannya ialah antara calon. | Tatabahasa | 10.01.2008 |
antara calon-calon atau antara calon? | Jawapannya antara calon. | Tatabahasa | 10.01.2008 |
Mengapakah soseorang yang ingin bekerja itu memerlukan melalui proses temuduga? | Temu duga diperlukan untuk menapis calon-calon dan menguji tahap kemampuan dan kemahiran calon untuk menjawat sesuatu jawatan. | Lain-lain | 29.01.2019 |
Cikgu, dengan hukum D-M, antara frasa nama "calon percubaan pengawas" dengan "calon pengawas percubaan" yang manakah merupakan susunan perkataan pada kedudukan yang betul? | Frasa yang betul ialah "calon pengawas percubaan". | Tatabahasa | 24.07.2014 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
MANA SATU YANG BETUL. TAHAP PENCAPAIAN CALON KESELURUHAN ATAU TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON? | TAHAP PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx atau Calon berikut yang telah mencapai merit akademik yang cukup dan memenuhi xxx | Ayat yang betul ialah “Calon berikut telah mencapai merit akademik yang mencukupi dan memenuhi xxx”. | Tatabahasa | 28.05.2019 |
Apakah perbezaan antara maksud kata calon dengan bakal???? bagaimanakah cara untuk membezakannya?????? | Kaedah paling mudah untuk membezakannya adalah dengan merujuk makna kedua-dua perkataan tersebut dalam Kamus Dewan,DBP. “Calon” (1) orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai) calon guru orang yg sedang dididik untuk menjadi guru; calon menantu bakal menantu; (2) orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi contoh ayat: semua calon walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan; makna (3) orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian contohnya calon UPSR. Bakal mempunyai hanya dua makna (1). seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, calon: bakal suami; 2. akan, hendak: seminar yang bakal diadakan di DBP. Jelas, perkataan “calon” dan “bakal” hanya sinonim dalam makna (1). Seperkara lagi, “calon” mesti manusia tetapi “bakal” ada maksud akan, hendak (makna kedua untuk “bakal”. Konteks ayat akan membezakan makna dengan jelas. | Makna | 13.02.2014 |
pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. "Awak hendaklah memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan,"kata Cikgu Fadli A. Murid-murid hendaklah memilih calon yang benar-benar layak sahaja seperti yang diminta oleh Cikgu Fadhli. B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan. | Ayat yang tepat ialah B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan. | Tatabahasa | 11.03.2015 |