Salam sejahtera, Terima kasih atas penjelasan KNDBP bahawa perkataan figuratif bahasa Inggeris 'scapegoat' telah melalui proses peluasan makna dalam b.Melayu. Cambridge Learner's Dictionary mendefinisikan 'black sheep' sebagai "a person who has done something bad which brings embarrassment or shame to their family". Walau bagaimanapun, definisi ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan ataupun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (2002). Definisi yang ada ialah 'kambing hitam' iaitu 'scapegoat'. SOALAN: Berdasarkan definisi dalam Cambridge Learner's Dictionary, Kamus Dewan, dan KIMD untuk 'black sheep', bolehkah saya katakan bahawa 'black sheep' telah melalui proses 'penyempitan makna' dalam penggunaan kata pinjamnya dalam b.Melayu? Terima kasih. | Untuk makluman saudara, ketika Kamus Inggeris - Melayu Dewan (KIMD) yang merupakan salah sebuah rujukan di DBP, disusun (diterbitkan pada tahun 1991) hanya terdapat makna kiasan bagi perkataan black sheep dalam kamus ekabahasa (bahasa Inggeris) rujukan, maka entri kata tersebut hanya memberi terjemahan makna yang ada. Walau bagaimanapun, jika berlaku penyempitan makna hanyalah pada entri bahasa Inggeris black sheep yang merupakan terjemahan daripada "kambing hitam". | Lain-lain | 05.11.2011 |
Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely well | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.02.2024 |
Assalamualaikum. Saya terjumpa soalan dan jawapan berikut di halaman Khidmat Nasihat: S: Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’. J: Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda (29.04.2020). Menurut kamus Cambridge, 'mindset' is a person's way of thinking and their opinions. Oleh itu, pada pendapat saya, cadangan yang diberikan oleh pihak tuan itu (penetapan minda) adalah kurang tepat. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya berharap pihak tuan dapat menyemak semula semua jawapan bagi soalan 'mindset'. Sekian terima kasih. | Aduan tuan kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Istilah | 25.10.2020 |
Dear Sir/ Madam, Could you please help me to check the register no 62047/2016 as the wordings of Malayan English Academy and Authorised Centre have been approved by Dewan Bahasa on 14/11/2016 for Banner MEA, the passed number for the banner is DBP/KPB/201611/12490. We can't change the Authorised Centre as it's Cambridge Original logo. I hope to hear from you soon. Thank you. Best regards, Joey Lim | Sila hantar semula iklan tersebut dan maklumkan dalam borang tersebut bahawa "Authorised Centre" ialah sebahagian daripada logo Cambridge yang tidak boleh ditukar. | Lain-lain | 13.12.2016 |
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara. Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya hendak minta cadangan padanan istilah untuk perkataan "dying god" ke dalam bahasa Melayu? Adakah sesuai jika saya terjemahkan menjadi "dewa kematian" atau "dewa sudah luput"? Menurut maklumat Wikipedia, defisini dying god ialah: "The term "dying god" is associated with the works of James Frazer, Jane Ellen Harrison, and their fellow Cambridge Ritualists. At the end of the 19th century, in their The Golden Bough and Prolegomena to the Study of Greek Religion, Frazer and Harrison argued that all myths are echoes of rituals, and that all rituals have as their primordial purpose the manipulation of natural phenomena." | Cadangan terjemahan bagi dying god ialah kematian dewa atau dewa yang mati. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2021 |
Assalamualaikum,,, Saya ingin bertanya, apakah maksud 'Conurbation'.. Adakah ianya bermaksud 'konurbasi'..Berikan juga takrifannya. Terima kasih | 1. Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk “conurbation” ialah bandar gabungan. 2. Takrifan “conurbation” dalam Cambridge Dictionary ialah “a large area including several different cities or large towns that have all grown so much that they are now connected to each other: The largest urban conurbation in Scotland is centred around Glasgow. “. 3. Penggunaan istilah konurbasi digunakan dalam bidang biologi dan geografi. | Istilah | 20.08.2018 |
Bagaimanakah cara tulis nota kaki buat rujukan yang disunting serta diterjemah daripada bahasa lain? Dalam kata lain, bagaimanakah cara tulis singkatan 'ed.' (edited by) dan 'trans.' (translated by) dalam Bahasa Melayu? Setahu saya, 'trans.' dalam Bahasa Melayu ialah 'terj.' Bagaimana pula untuk ed. (edited by)? Adakah dalam BM 'ed.' menjadi 'sunt.'? Sehubungan dengan itu, adakah kaedah dibawah, yang mengejakan 'suntingan' dan 'terjemahan' secara penuh dan meletakkan maklumat tersebut antara parantheses, tepat? Jalaluddin Rumi, The Mathnawi, (suntingan dan terjemahan Reynold A. Nicholson), (Cambridge: Gibb Memorial Trust, 1982). Bantuan pihak Khidmat Nasihat amat dihargai | Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan digunakan bagi nota kaki rujukan untuk suntingan dan terjemahan. Penggunaan perkataan yang diberikan oleh puan boleh digunakan, terjemahan dan suntingan Reynold A. Nicholson. | Lain-lain | 08.01.2020 |
Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en? | - Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
- Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.
Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Dewan bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa pertanyaan mengenai peristilahan: 1. Apakah proses penting bagi DBP dalam pembentukan sesuatu istilah? 2. Bagaimanakah DBP memilih sesuatu istilah terutamanya yang wujud dari media sosial untuk dibentuk? Adakah dengan melihat dari segi populariti penggunaannya atau aspek lain? | Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas persoalan tentang pembentukan istilah DBP. Bagi soalan yang pertama, terdapat beberapa langkah yang penting untuk menggubal sesuatu istilah. Boleh rujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang menggariskan beberapa langkah dalam proses pembentukan istilah, iaitu: 1. Perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan (umum). 2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang tidak lazim digunakan. 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. 6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain (Arab, Latin dan lain-lain). 7. Membuat pemilihan terbaik mengikut tertib antara langkah pertama hingga langkah keenam. Bagi soalan kedua pula, pihak DBP tidak hanya melihat populariti istilah di media sosial sahaja tetapi banyak faktor lain dalam menggubal padanan istilah bahasa Melayu, antaranya: 1. Melihat kepada konsep dalam bahasa sumber berdasarkan rujukan kamus dan korpus tempatan dan luar negara (Oxford, Collins, Cambridge). 2. Kepentingan istilah dalam pelbagai bidang baharu dan sedia ada, contohnya istilah-istilah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Robotik dan sebagainya. 3. Kekerapan penggunaan istilah dalam korpus tempatan dan luar negara sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah, berita dan artikel. Sekian. | Lain-lain | 16.10.2020 |