Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat beraduk, campur baur; bercampur aduk sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan; mencampuradukkan menjadikan bercam­pur aduk: filem Melayu itu kerap dicampuradukkan dgn pelbagai rupa kebudayaan; kadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah ‘Melayu’ itu dlm konteks politik yg berbeza. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur aduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kerancuan bahasaMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan  bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.    Lain-lain20.03.2008
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran.    Makna13.03.2008
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
APAKAH KATA MAJMUK? CONYOHNYA:Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih.Tatabahasa26.03.2011
salam tuan, perlukah perkataan lama/kuno digunakan kembali umpamanya rancu, sedangkan perkataan itu jarang digunakan lagi dalam kalangan masyarakat.

Kata lama atau kuno dilabelkan sebagai 'ark' dalam Kamus Dewan. Kata rancu tidak dilabelkan sebagai 'ark', kata ini hanya jarang digunakan kerana kita lebih biasa menggunakan kata yang seerti dengan kata rancu, iaitu tidak teratur, campur aduk atau kacau. Tidak menjadi kesalahan untuk kita menggunakan kata lama asalkan bersesuaian maksud dengan konteks penggunaannya.

Tatabahasa03.10.2011
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009

Kembali ke atas