Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)

107

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Semasa di sekolah rendah, guru mengajar bahawa Kata Ganti Nama ke-3 "ia" khas untuk binatang dan benda bukan untuk manusia. Kemudian saya mendapati bahawa "ia" juga dipakai untuk manusia. Sebuah buku tatabahasa menunjukkan kesalahan umum seperti berikut; "Makanlah ikan kerana IA mengandungi protein", sepatutnya "Makanlah ikan kerana IKAN mengandungi proten", dan "Ikan-ikan itu mati kerana MEREKA terkena racun", sepatutnya "Ikan-ikan itu mati kerana IKAN-IKAN terkena racun." Bagi pendapat saya, saya lebih selesa dengan ayat yang dinyatakan sebagai kesalahan umum di atas kerana ikan dan ikan-ikan tidak perlu disebut 2 kali dalam setiap frasa ayat, memadai menggunakan KGN ke-3, "ia". Sila betulkan saya. Terima kasih.Pendapatan saudara/i tentang penggunaan "ia" tidak tepat. Perkataan ia sememangnya digunakan untuk merujuk manusia. Perkataan ia merupakan kependekan daripada perkataan dia yang digolongkan sebagai kata ganti nama diri ketiga. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat "Makanlah ikan kerana iakan mengandungi protein" betul, untuk ayat kedua cukup sekadar menulis "Ikan-ikan itu mati kerana terkena racun".Tatabahasa06.04.2013
Apakah ejaan yang betul untuk ikan bandaraya? ikan bandar raya atau ikan bandaraya?

Ejaan yang betul ialah ikan bandar raya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 804.

Ejaan09.06.2025
Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnyaAsalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Perkataan"menabur" bermaksud -menghamburkan supaya berselerak; kelihatan dengan banyaknya, bertaburan dan tidak sesuai untuk perbuatan yang dilakukan kepada ikan.  Ayat yang betul ialah -Kakak mengaulkan ikan-ikan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Tatabahasa22.01.2014
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari?Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain.Lain-lain29.11.2015
"Untuk membuat ikan wadik, ikan perlu diperam bersama-sama garam sekurang-kurangnya selama sebulan". Adakah "diperam" atau "diperap" lebih sesuai dalam konteks ini? Menurut Kamus online, "peram" lazimnya dipakai untuk penyimpan buah-buahan supaya masak. "Perap" pula memang boleh merujuk daging, ikan dan sebagainya, tapi mengikut fahaman umum, biasanya dipakai dalam konteks masakan.Salam sejahtera,

Dalam konteks tersebut, memeram atau diperam adalah lebih sesuai kerana takrif bagi memeram ialah "menyimpan (buah-buahan, ikan dan lain-lain) dalam tempoh yang agak lama setelah dibungkus, dilumurkan dengan garam, ditaburkan bahan kimia dan sebagainya supaya lekas masak, sebati, lebih sedap dan sebagainya."

Sila dapatkan kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020 untuk rujukan kosa kata yang lebih luas dan tuntas.
Makna16.11.2025
Apakah ejaan yang betul untuk nama ikan bandaraya? ikan bandar raya atau bandaraya?

Ejaan yang betul ialah ikan bandar raya. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 804.

Ejaan17.06.2025
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK

1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi".

2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat.  b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul.  c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat)  d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi.  e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan.  f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul  g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.  - betul.

3.  Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya.

Tatabahasa23.07.2009
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan.

Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa.   

Lain-lain28.01.2023
Ali memberikan seekor ikan _______ ikan kepada kucingnya. Jawapan pilihan : A. kepada B. pada Jawapan yang diberi adalah " pada", adakah jawapan ini sesuai ? Mengapakah jawapan ini dipilih ? Terima kasih.

Pada hemat saya, contoh ayat yang saudara berikan itu salah. Sepatutnya ayat yang betul ialah Ali memberikan seekor ikan ______ kucingnya. Jawapan bagi tempat kosong yang patut diisi ialah A. kepada kerana kata  sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272. 

Tatabahasa03.04.2009
Untuk penulisan di dalam bahasa melayu, contohnya 500g Ikan atau Ikan 500g merupakan cara penulisan yang betul. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang digunakan ialah 500 gram ikan.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas