Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nai] | چاناي

Definisi : ; batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu, batu asah; ~ fikiran sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll); mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilat­kan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya; tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuai­kan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri; canaian 1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan; pencanai 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.nai] | چاناي

Definisi : ; batu ~ batu yg digunakan utk me­ngasah sesuatu. mencanai 1 mengasah sesuatu dgn batu canai. 2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. pencanai 1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2 alat utk mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canai

Peribahasa

Intan salah serudinya.

Bermaksud :

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009
Bolehkan mengguna perkataan menyebar roti canai? Terima kasih.Frasa yang betul ialah menebar roti canai.Istilah31.03.2011
Adakah kata kerja di bawah betul? A. Membuat teh B. membuat roti canaiKedua-dua frasa, iaitu  "membuat teh" dan "membuat roti canai" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa08.10.2013
1. Bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung tetapi dan manakala. 2. Antara ayat yang berikut, yang manakah betul penggunaan kata hubung tetapi dan manakala? a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. 3. Ada pendapat yang menyatakan kata hubung tetapi digunakan untuk pelaku yang sama sahaja. Contohnya: a. Budak itu pandai tetapi pemalas. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik Adakah pendapat ini betul?

1. Perkataan tetapi digunakan untuk me­nyata­kan hal yang berlawanan atau bertentangan, seperti ayat: Budak itu pandai tetapi malas. Perkataan manakala pula membawa banyak maksud, iaitu 1. apabila, bilamana; 2. tetapi; dan 3. sedangkan. Perkataan manakala boleh dibezakan apabila membawa maksud pertama dan ketiga.

2. a. Abu suka makan roti canai tetapi saya suka makan piza. b. Abu suka makan roti canai manakala saya suka makan piza. - kedua-dua ayat ini betul

3. Perkataan tetapi digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan dalam ayat majmuk gabungan. Tidak ada maklumat dalam buku Tatabahasa Dewan mensyaratkan hal yang berlawanan itu digunakan untuk pelaku yang sama. b. Dia pemarah tetapi hatinya baik - dari aspek tatabahasanya ayat ini adalah betul, tetapi kurang tepat dari aspek makna.

Tatabahasa12.05.2011
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011
berikan erti=caklempong,calang2,canai,canggung,cangkir,canting, capik,cari gali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
apakah maksud intan tersalah canai?Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum.Lain-lain22.06.2008
Encik Khalid sedang __________ roti canai di restorannya. A.menguli B.menebar C.mencanai D.menebarSemua betul. Jawapan bergantung kepada perbuatan encik Khalid ketika itu.Tatabahasa20.11.2008
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang,Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut.Tatabahasa23.05.2012

Kembali ke atas