Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil (utk memberi alamat, me­nyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil; mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyeranta­kan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil yg digunakan utk memberi alamat (memanggil orang dll). mencanangkan 1 memukul canang utk memberitahukan sesuatu. 2 ki menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canang

Puisi
 

Canang dipukul bertali-tali,
     Rakyat datang menaiki lancang;
Kalau abang meminta sendiri,
     Adakah adik sukakan abang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa yang di maksudkan dengan "chanang"Canang ialah gong kecil (untuk memberi alamat, menyerantakan, dll).Makna07.10.2008

Kembali ke atas