Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CanggihCanggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik.Makna26.02.2008
visor canggih seba gaya atau visor canggih penuh gaya atau visor canggih bergayaUngkapan yang sesuai untuk laras iklan ialah visor canggih bergaya.Tatabahasa29.05.2012
Maksud canggih ialah moden dan kompleks. Boleh kita anggap maksud seerti bagi canggih ialah moden?Canggih bermaksud moden dan kompleks (alat); hebat dan menarik. Ya. Boleh.Istilah18.03.2018
adakah perkataan jenayah canggih sesuai digunakan dalam satu-satu ayat. Sila berikan cadangan terbaik bagi ayat berikut: Dimana sekarang dikota jenayah-jenayah besar dan canggih sedang meningkatBerdasarkan konteks ayat yang telah diberikan oleh saudara, "jenayah canggih" tidak sesuai digunakan. Di bawah ini dicadangkan contoh ayat yang sesuai digunakan: Jenayah berlaku secara berleluasa di ibu kota.Lain-lain25.09.2007
1. APAKAH PERKATAAN SEERTI DENGAN PERKATAAN SOFISICATED DAN MAKSUDNYA. 2. JIKA ADA BAGAIMANA EJAAN YANG TEPAT.Maksud sofistikated ialah mempunyai cita rasa yang tinggidan halus, bersifat kompleks dan halus. Perkataan lain ialah canggih. Ejaannya sofistikated dan canggih.Makna22.09.2008
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih.
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.

Tatabahasa30.07.2014
Adakah ayat di bawah betul? Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk bertafakur di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk berada di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Tatabahasa10.04.2015
Adakah " Pada marcapada yang canggih dengan sains dan teknologi ini, ... " salah atau betul?Ayat tersebut betul dari segi maksudnya. Bagaimanapun ia bergantung kepada konteks penggunaan. Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini.Tatabahasa28.08.2008
saya ingin mencari nama yang canggih untuk majalah sekolah saya... nama mestilah mengikut zaman sekarang yang moden dan boleh diterima masyarakat luar bandar... sekian terima kasihDBP tidak mempunyai senarai nama khas untuk penamaan majalah. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk kamus dan istilah dalam laman web kami www.dbp.gov.my atau www.prpm.dbp.gov.my. Tuan juga boleh merujuk buku panduan di laman web kami yang bertajuk Nama Indah (Penamaan Khas, Bangunan, Taman dan Jalan).Lain-lain23.04.2012
1a)(Dengan kata-kata lain,)kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 1b)(Dengan kata lain, )kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 2. (Kerja-kerja menangkap ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. 2b) (Kerja-kerja penangkapan ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. Kedua-dua ayat di atas, manakah ayat betul? Bolehkah beri penerangannya.

1) Dengan kata lain kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. - kata tidak perlu digandakan untuk merujuk kepada jamak.

2) Kerja-kerja menangkap ikan laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. -  kata menangkap merujuk kepada perbuatan, manakala penangkapan merujuk kepada proses tersebut. Oleh itu, kata yang paling tepat ialah menangkap.

Tatabahasa10.08.2010
123

Kembali ke atas