Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkerang 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Adakah kosa kata 'cengkerang' masih digunakan untuk maksud kulit kerang? 2)Lagu rakyat 'enjit' atau 'injet' atau 'enjet' semut, yang manakah betul?1. Ejaan yang betul ialah cangkerang. LihatĀ cangkerang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cangkerang.
2. Dalam data kami Enjit-enjit Semut. LihatĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=enjit+semut.
Tatabahasa05.09.2014
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut? 1. Mussel Walking Wheels 2. Oyster Farm Upwellers 3. Pearl Shell Cleaning Machines Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Mussel Walking Wheels - Roda Penggerak Rawai Kupang
2. Oyster Farm Upwellers - Alat Penaik Ladang Tiram
3. Pearl Shell Cleaning Machines - Mesin Pembersihan Cangkerang Mutiara
Istilah28.01.2016

Kembali ke atas