Saya ingin bertanya, terjemahan yang merujuk kepada jam tangan, perkataan Clasp adalah kancing, Buckle juga kancing, tapi terdapat gabungan dua perkataan ini Clasp Buckle, apakah terjemahannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "clasp buckle". Istilah untuk "clasp" ialah kancing atau cangkuk. Istilah untuk "buckle" ialah kancing atau gancu. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "clasp buckle" ialah kancing. | Istilah | 03.04.2013 |
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasih | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut. | Istilah | 15.02.2012 |
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam. | Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi. - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. - Tulis nama pada kertas ini. Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin. | Tatabahasa | 21.04.2017 |
Salam sejahtera, "stapler" merupakan terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, terdapat padanan kata "pengokot" yang membawa maksud yang sama. Namun, apakah kata dasar "pengokot" dan adakah "pengokot" dikira sebagai pinjam terjemah? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih. | Kata akar bagi pengokot ialah kokot, iaitu besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait. Oleh sebab itu, perkataan pengokot bukan merupakan kaedah pinjam terjemah kerana perkataan ini terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu. “Stapler” yang disesuaikan dalam bahasa Melayu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan ini merupakan kaedah terjemahan secara pinjaman, iaitu perkataan atau frasa yang dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah tanpa penyesuaian ejaan serta menggunakan kaedah terjemahan perkataan demi perkataan. | Istilah | 15.04.2020 |
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah. | Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya: 1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi 2. Tulis nama pada kertas itu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
Salam 1 Malaysia. 1. Persoalan tentang kata sendi nama "pada" dan "di". Ada sumber menyatakan bahawa "pada" hanya digunakan untuk waktu manakala "di" untuk tempat. Namun terdapat juga skema jawapan yang menggunakan "pada" untuk tempat. Mohon penjelasan tuan tentang tatacara penggunaan di dan pada. 2. Benarkah perkataan "pelibatan" lebih tepat berbanding "penglibatan". | 1. Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan - Tulis nama pada kertas ini Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. 2. Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">peN-i> <i style="mso-bidi-font-style: normal;">...-ani> menjadi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pe-...ani> apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf <i style="mso-bidi-font-style: normal;">m, n, ng, r, l, yi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">wi>. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi penglibatan juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan pelibatan.
| Tatabahasa | 17.06.2015 |
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |