| Why I cannot send my Iklan to apply license online ? | Buat masa ini sistem permohonan pengesahan bahasa sedang dalam penyelenggaraan teknikal. Mohon cuba lagi. | Lain-lain | 01.06.2017 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "walk-thru"? Contoh ayat: The Walk-Thru cannot be played Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Tiada maklumat walk-thru dalam pangkalan data kami, kecuali data walk through. Untuk maklumat lanjut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=walk+through&d=346196&#LIHATSINI. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.08.2017 |
| Tuan/Pun, Mohon nasihat pihak puan/tuan mengenai gantinama yang sesuai dalam ayat di bawah bagi "they". Source: Therefore, if your child is pregnant or breastfeeding, they cannot take part in this study. Target: Oleh itu, jika anak anda hamil atau sedang menyusukan bayi dengan susu badan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam kajian ini. Bolehkah kita menggantikan "dia" kepada "mereka" dalam ayat di atas walaupun hanya seorang anak sahaja yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih. | Gunakan ganti diri dia untuk merujuk kepada seorang peserta kajian. | Makna | 24.07.2021 |
| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasih | Cadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti." | Makna | 21.09.2022 |
| Tuan, Bahagian cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tidak berfungsi dan perlu diperbaiki. (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) “Error : Cannot execute statement: impossible to write to binary log since BINLOG_FORMAT = STATEMENT and at least one table uses a storage engine limited to row-based logging. InnoDB is limited to row-logging when transaction isolation level is READ COMMITTED or READ UNCOMMITTED. - See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx#sthash.mfSsA7My.dpuf” (Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) | Maklumat yang diberikan telah dikemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya. Kami berusaha untuk menanganinya dengan kadar segera. Terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2014 |
| Saya mencari maksud perkataan 'incapacitation' yang terdapat dalam bidang Criminology. Saya sedang membuat tesis dalam bidang berkaitan. Agak sukar mencari perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbentuk satu perkataan sahaja. Contoh ayat dalam English ialah: "The concept of incapacitation is simple: a person cannot commit crimes while he is in prison—at least crimes against people outside of prison." Contoh lain: "Incapacitation theory holds that punishment should protect the community from the offender, either by confining her physically, or otherwise disabling her from committing future crimes." Sekian, terima kasih. | Berikut adalah makna yang terdapat dalam simpanan kami yang mungkin boleh dijadikan pnduan vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan kelayakan, menyebabkan [sso] tdk layak; 'incapacitated' - adj tdk berupaya. | Lain-lain | 02.12.2008 |
| Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih. | Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Istilah | 04.11.2020 |
| Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |
| Assalam.... saya cuba mencari terjemahan bagi perkataan 'marshaling' tapi tidak berjumpa. Maksud 'marshaling' adalah....... The marshaling phase involves assembling resources to bring the venture into existence. At the end of the planning phase, the business is only “on paper” or in the mind of the entrepreneur. To bring the business into existence, the entrepreneur gathers (marshals) necessary resources such as capital, labor, customers, and suppliers without which the venture cannot exist or sustain itself. Saya amat berharap pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk 'marshaling'. Terima kasih. | Menerusi pengamatan kami perkataan "marshalling" ada unsur maksud gabung, susun, atur dan ubah suai pelbagai faktor yang menghasilkan kejayaan atau keuntungan. Kami mencadangkan perkataan merekayasa yang mempunyai maksud hampir sama. Merekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2015 |