Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[can.tas] | چنتس

Definisi : ; bercantas (telah) dicantas: pokok-pokok hiasan yg sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas; mencantas 1. memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dll); 2. ki memotong atau mengurangkan sesuatu (spt perbelanjaan) yg tidak perlu atau berlebihan: perbelanjaan yg tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yg dijangkakan pd tahun depan; 3. ki mengeluarkan atau meng­gugurkan sesuatu drpd senarai tertentu: namanya dicantas drpd senarai pemain bola sekolah; tercantas 1. dicantas dgn tidak sengaja, ter­pangkas: banyak anak pokok durian di dlm semak itu yg ~ semasa kerja menebas dibuat; 2. ki dikeluarkan atau digugurkan drpd senarai (kumpulan, pasaran dsb): namanya ~ drpd senarai peserta yg terpilih; cantasan hasil mencantas; pencantasan proses (perbuatan, kerja dsb) mencantas: ~ pokok pagar itu baru sahaja selesai; pencantas 1. orang yg mencantas; 2. alat utk mencantas sesuatu (ranting, kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[can.tas] | چنتس

Definisi : ; mencantas memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1 Apakah beza antara kerat, potong,belah,cencang,cincang,rambah,cantas,memangkas bolehkah terangkan satu persatu. soalan 2 Adakah ayat ini betul. a)Dia tengah sedap melayan rancangan televisyen b)Di jalan mana kemalangan itu berlaku,Pak Mat? c)Anas sudah boleh bertutur dengan jelas. d)Jambatan yang roboh itu sudah di bina semula. e)"Makanlah nasi itu,nanti dingin pula,"kata ibu.1. Kerat sama makna dengan potong atau penggal. Belah bermaksud pecad dua atau tiga dan sebagainya. Cincang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus. Rambah bermaksud menebas atau menebang. Cantas sama dengan memangkas, iaitu memancung hujung dahan.
2. Ayat c, d dan e betul, walau bagaimanpun sila betulkan ejaan dibina (dalam ayat d).
Sastera03.07.2012
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015

Kembali ke atas