| m | DBP tidak memproses Cap Dagang atau jenama. Kami memproses iklan papan premis. Untuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.07.2017 |
| BISNESS DAN SME | ISTILAH BISNES TIDAK DITERIMA SEBAGAI PADANAN BAHASA MELAYU UNTUK BUSINESS. ISTILAH BAHASA MELAYU YANG DITERIMA IALAH PERNIAGAAN. PENGGUNAAN ISTILAH BISNES DALAM MEDIA CETAK, MEDIA MASSA DAN SEBAGAINYA ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA DBP DAN MEREKA TIDAK MEMINTA KHIDMAT NASIHAT DBP. SEKIRANYA PERKATAAN ITU DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGIKLANAN (PAPAN TANDA, GEGANTUNG, SEPANDUK DAN SEBAGAINYA) DI KUALA LUMPUR, PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DBP, KERANA DBKL TIDAK AKAN MELULUSKAN BAHAN IKLAN TERSEBUT SELAGI TIDAK DISAHKAN OLEH DBP. WALAU BAGAIMANAPUN, SEKIRANYA ISTILAH BISNES IALAH CAP DAGANG, BOLEH DIGUNAKAN DI MANA-MANA SAHAJA. ISTILAH INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) TELAH LAMA DI TERIMA PAKAI DAN TELAH MANTAP PENGGUNAANYA. SME IALAH SINGKATAN BAHASA INGGERIS DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. | Istilah | 07.03.2011 |
| Salam tuan, saya sedang mencari perkataan 'bisnes' dan didapati ia tiada di dalam kamus. Adakah istilah ini tidak boleh diterima dalam bahasa persuratan? Dan adakah istilah ini boleh digunapakai? | Waalaikumsalam. Perkataan "bisnes" tidak diterima dalam bahasa Melayu (padanan bahasa Melayu bagi "business" ialah "perniagaan"). Perkataan "busines" bukan bahasa standard, hanya digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris. Oleh itu, dalam bahasa persuratan, perlu menggunakan perkataan perniagaan. Walau bagaimanapun, sekiranya istilah bisnes ialah cap dagang, ia boleh digunakan. | Istilah | 02.04.2018 |
| Ramzi Ahmad SEL 5.12 PTG Assalamualaikum Saya agak keliru & tertanya-tanya akan iklan ini kerana menggunakan bahasa rojak Setahu saya DPB pernah melarang penggunaan bahasa rojak pada satu ketika dalam apa-apa medium. Apakah larangan itu sudah tidak di guna pakai lagi?Mohon penjelasan. Iklan sebegini telah mencemarkan bahasa rasmi & boleh mengelirukan warga tempatan & warga asing. Bagi mereka yang memahami bahasa enggeris sudah pasti hanya perkataan "COVER" sahaja yg mereka akan faham. Tapi bagi warga Malaysia mereka akan terfikir apakah perkataan " Cover" dalam Bahasa Melayu. @ Apakah perkataan ini telah diiktiraf sebagai perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Mohon penjelasan...... | Untuk makluman tuan, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, kecuali perkataan atau ayat yang didaftar sebagai Cap Dagang bagi syarikat tersebut. DBP tidak akan mengesahkan penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan paparan di tempat awam. Keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
| Pada 5 Mei, saya memohon untuk pengesahan ejaan bahasa pada visual papan tanda, sepertimana yang dikehendaki oleh MBPJ, semasa membuat permohonan lesen perniagaan. Walau bagaimanapun, ia tidak diluluskan (8917/2014) dan dua pindaan dinyatakan diperlukan: (1) menukar "24 hour" kepada "24 Jam" dan (2) "Self-service Coin Laundry" kepada "Mesin Kendalian Syiling Layan Diri". Saya ingin bertanya mengapakah pindaan ini diperlukan? Papan tanda ini menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dimana ayat "Mesin Dobi Layan Diri" adalah lebih besar dan ayat Inggeris menggunakan ayat-ayat "Self-service Coin Laundry" dan "New Concept Laundry Shop" serta "24 hour" (dalam simbol) - sila lihat lampiran. Adakah Bahasa Inggeris tidak boleh digunakan dengan lebih banyak dari Bahasa Malaysia? Perlukan ayat dalam Bahasa Malaysia merupakan terjemahan tepat? Saya harap tuan dapat memberi tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan yang bukan nama khas atau cap dagang perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Sekiranya tuan ingin mengekalkan bahasa Inggeris, tuan perlu letak kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. | Lain-lain | 07.05.2014 |
| Saya memastikan pergunaan bahasa yang betul pada ayat dibawah Sarung tangan lateks getah asli • Panjang tambahan 250 mm/9.8" Warna semula jadi • Ambidekstrus • Permukaan licin Bebas serbuk • Bebas tiazol dan tiuram • Perlindungan uniSHIELD™ Untuk kegunaan makmal, industri dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan terhadap bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks getah asli, boleh menyebabkan tindak balas alahan. ayat asal dalam bahasa English. untuk memastikan pengguaan ayat yang betul. Diharapkan pihak tuan puan dapat mengesahkan ayat diatas betul penggunaanya Ayat asal: Natural Rubber Latex Gloves • Extra Long 250 mm/9.8" de Natural Color • Ambidextrous • Smooth Finish Powder-free • Thiazoles/Thiurams-free • uniSHIELD™ Protection For laboratory, industrial and medical examination use. Protection against chemicals, micro-organisms and viruses. Contains natural rubber latex, may cause allergic reaction | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i. Sarung Tangan Lateks atau Sarung Tangan Getah Asli ii. Lebih Panjang 250 mm/9.8 inci dan Warna Semula Jadi iii. Ambidekstrus iv. Kemasan Licin v. Tanpa Tiuram/Tiazola vi. Perlindungan uniSHIELD™ untuk kegunaan makmal, perindustrian dan pemeriksaan perubatan. Perlindungan daripada bahan kimia, mikroorganisma dan virus. Mengandungi lateks, boleh menyebabkan tindak balas alahan. Jika ini ayat iklan, sila pisahkan perkataan cap dagang ™ dengan ayat lain. | Makna | 14.07.2026 |
| Permohonan Pengesahan Bahasa bagi Papan Tanda Premis Nama paparan utama ialah "ALMA ZE", iaitu nama jenama (brand) bagi produk pakaian lelaki dan wanita di bawah syarikat PRESTIGE MOTHER LEGACY (SSM No. 202303102949 (TR0283103-P)). Bagi papan tanda tersebut: ALMA ZE merujuk kepada aktiviti butik pakaian, studio kreatif dan ruang komuniti (Community Space) yang digunakan bagi penghasilan kandungan digital, rakaman podcast, sesi siaran langsung (live selling), bengkel, program pembangunan komuniti, sesi perkongsian ilmu dan aktiviti berkaitan. PRESTIGE MOTHER LEGACY merujuk kepada pejabat operasi syarikat yang menjalankan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat pematuhan (CIDB, ISO dan berkaitan), serta sokongan korporat dan perkhidmatan profesional yang berkaitan. | ALMA ZE - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai pendaftaran cap tanda dagang (trademark) (MyIPO atau WIPO) yang berstatus Berdaftar "Registered"? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM (status Berdaftar "Registered" sahaja diterima) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM sahaja. Jika ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. Aduan untuk permohonan iklan perlu dibuat pada aduan DBP Sah Bahasa. | Lain-lain | 30.06.2026 |