Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
capai & menangilah cabaran rm 3,000,000 | Soalan tidak jelas. Sekiranya untuk permohonan pengesahan bahasa dalam iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa. Frasa yang betul ialah Capai dan Menangilah Cabaran RM 3000.00.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
Kenapa pengguna diblok dari menggunakan Lembar Bahasa? saya pengguna setia sebelum ini serta mendapatinya banyak membantu dalam kerja harian saya sebagai seorang akademik. Shakila | Hal ini telah saya kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP. Sebenarnya puan masih boleh capai Lembar Bahasa di laman web www.dbp.gov.my, di bahagian bawah sebelah kiri, klik pada Penerbitan DBP dan puan boleh capai semua Lembar Bahasa yang telah diterbitkan. | Lain-lain | 16.12.2010 |
Bolehkah saya dapatkan contoh perjanjian penerbitan versi Bahasa Inggeris daripada DBP? Adakag perkhidmatan ini dilakukan oleh DBP? | Tidak ada contoh dokumen yang diperlukan dalam pangkalan data yang boleh kami capai. Dokumen perjanjian ialah dokumen sulit dan tidak boleh diakses oleh semua pegawai. | Lain-lain | 15.05.2012 |
Salam DBP, Saya ingin mengetahui penggunaan 'kalau' dan "kalaulah" Menurut sumber yang saya peoleh "kalau" digunakan bagi sesuatu kejadian yang mustahil dapat dilakukan. Contoh Kalaulah saya menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha, saya akan,,,,, manakala "kalau" digunakan bagi sesuatu yang mampu kita capai. Contoh Kalau kita menang perlawanan itu, kita akan ....... Terima kasih Contoh | Perkataan "kalau" ialah kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya) atau jika dan jikalau. Dalam konteks "kalau" dan "kalaulah" tiada perbezaan makna, cuma penggunaan "lah" pada perkataan "kalau" bermaksud kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza? | Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA) | 1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini. 2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian. 3. MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011 | Tatabahasa | 11.04.2011 |