Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara;

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)

83

Honey catches more flies than vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Mulut manis mematahkan tulang

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, honey catches more flies than vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, mulut manis mematahkan tulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, apa istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk perkataan ‘Assemble’ dalam perkataan Cara-cara ‘Assemble’ Roti Sandwic. Saya cari di dalam kamus tak jumpa istilah yang tepat. Istilah yang ada mengumpul, menghimpun, memasang. Cara-cara mengumpul Roti Sandwic. Cara-cara menghimpun Roti Sandwic, Cara-cara memasang Roti Sandwic. Semuanya serba tak kena. Apa istilah yg sesuai berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya?Waalaikumussalam wbt,

Saya mencadangkan terjemahan bagi kata assemble dalam konteks penggunaan seperti How to assemble a sandwic?, to assemble a dish, to assemble a cake dan sebagainya ialah 'menyediakan'. Terjemahan memasang bagi assemble amat janggal dalam bahasa Melayu.  Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk kepada pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan ini.

Sekian, terima kasih.
Istilah06.06.2024
Yang manakah ayat yang betul bagi penggunaan ialah dan adalah. Cara- cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu. Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri adalah kita perlu bersenam setiap minggu. Sila memberikan penerangan. Terima kasih

Jawapan yang betul ialah "Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu."

Lain-lain31.07.2023
Terdapat empat cara -cara untuk menyelesaikan masalah itu atau Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu. Mohon penerangan..tq

Ayat yang betul ialah "Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu". Ayat "Terdapat empat cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu" adalah tidak tepat kerana cara-cara sudah menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Jika hendak menggunakan perkataan cara-cara, ayat tidak perlu ditambah dengan kata bilangan. Contoh ayat: Cara-cara hendak menjahit langsir di rumah.

Tatabahasa24.07.2018
(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis?
Ayat yang betul ialah:
1. Cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas.
2. Cara-cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas. 


Tatabahasa09.02.2023
Salam . Ayat di bawah boleh dikira sebagai ayat majmuk? Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi. Terima kasih.Salam. Kami juga melihat cara cara biji kopi diproses menjadi serbuk kopi.
Jawapan:
Terdapat dua ayat yang digabungkan menjadi satu dalam contoh ayat yang saudara berikan. Oleh itu, contoh ayat tersebut ialah ayat majmuk.
1. Kami juga melihat cara-cara biji kopi diproses.
2. Biji kopi diproses menjadi kopi.
Tatabahasa29.08.2014
Ayat ' Ciri-ciri menjaga kebersihan' atau 'Cara- cara menjaga kebersihan'? Yang mana tepat?Ayat yang betul ialah cara-cara menjaga kebersihan.Tatabahasa26.07.2021
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya? ATAU 2. Persoalannya, bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya? Terima kasih.Ayat (1) dan (2) boleh digunakan dan tidak menyalahi tatabahasa mengikut konteks yang dikemukakan.Tatabahasa22.08.2019
pembetulan ayat Pengkhususan pada minggu hadapan adalah berkaitan dengan cara-cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar

Pembetulan ayat: Pengkhususan topik pada minggu hadapan adalah berkaitan cara-cara belajar yang berkesan untuk menarik minat pelajar.  

Tatabahasa14.09.2020
Salam pagi, Soalanya: 1) Frasa yang manakah membawa maksud 'online'? 'Dalam talian' atau 'atas talian' atau 'talian online'? 2) Apakah terjemahan BM yang betul bagi e-learning? 3) Yang manakah betul? - Cara-cara penggunaan alat - Cara-cara menggunakan alat 4) Apakah perbezaan antara 'mengapa' dan 'kenapa'? Misalnya: - Jelaskan mengapa.... - Jelaskan kenapa.... Terima kasih :-)Maksud Perkataan online ialah dalam talian manakala e-learning merujuk kepada e-pembelajaran. "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Makna16.10.2015
Salam Sejahtera, Nak memastikan sama ada 1) Antara cara-cara 2) Antara cara manakah satu yang betul ?

Penggunaan yang betul ialah
1. Antara cara

2. Antara cara manakah yang betul
Tatabahasa10.01.2017
12345678910...

Kembali ke atas