Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara bercakap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IVAyat II dan II betul.
II.  Cara Kumar bercakap terlalu meninggi.
III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
Tatabahasa03.10.2013
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008
Apakah perbezaan cara penggunaan antara perkataan "hamba", "patik" dan "tuan hamba"?Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Istilah12.10.2015
Salam, Jika menulis pantun dua kerat, bagaimanakah cara penulisannya? Di hujung ayat pada baris pertama mesti diletakkan tanda (;) atau tidak semestinya? Adakah penggunaan (,) sudah memadai? Perlukah ruang (indent/tab) jika menulis baris yang kedua? Terima kasih.

Cara penulisan pantun dua kerat yang betul adalah seperti yang berikut:

 

Siakap senohong gelama ikan duri,

     Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Sastera11.08.2014
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih.1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf).

2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b.

Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM.  Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad.
Tatabahasa07.05.2014
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas