matriks -kerja berpasukan cara kerja | cara kerja secara matriks (bersilang/fungsi yang sama) | Istilah | 13.03.2012 |
KKM ada Perkhidmatan 'Occupational Therapy'. Kalau diterjemah, mana satu yang betul Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Carakerja) atau Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)? | Menurut data kami, dalam bidang perubatan, istilah untuk Occupational Therapy ialah Terapi Cara Kerja. Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah Perkhidmatan Terapi Cara Kerja. | Istilah | 06.03.2017 |
petikan pertama : Ayat yang betul ialah: Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. petikan kedua : Ayat yang betul ialah Siti menyusun meja supaya kemas dan Siti menyusun meja supaya kelihatan kemas. Kata sendi nama dengan dalam ayat ini membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, sedangkan kemas bukan cara tetapi hasil. Contoh ayat yang menggunakan dengan ialah Siti menyusun meja dengan kerjasama adiknya. kedua-dua penjelasan itu saya ambil terus daripada khidmat nasihat yang ada dalam pangkalan data. soalan saya :yang mana betul?? menyusun meja dengan kemas atau menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja hingga kemas?? tq | Frasa yang betul ialah menyusun meja supaya kemas atau menyusun meja sehingga kemas. | Tatabahasa | 31.08.2015 |
1. kaunter pinjaman / peminjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas / hingga kemas. | Ayat yang betul ialah: 1. kaunter pinjaman 2. Murid-murid sedang menyusun meja dengan kemas, dengan kemas - merujuk cara kerja itu dilakukan. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama. | Istilah | 11.02.2010 |
saya keliru dengan kata kerja transitif dan kata kerja pasif..apakah cara untuk membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja pasif..harap pihak tuan dpt membantu saya.. sila bantu saya bina ayat kata kerja pasif berdasarkan perkataan berikut: 1. terbaca 2. termakan 3. terbeli 4. ternampak 5.terpijak 6. terambil | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku. Manakala kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. 1. Buku yang tebal itu tidak terbaca oleh pelajar peringkat sekolah rendah. 2. Lauk itu tidak termakan oleh Pak Cik Zali semalam. 3. Baju itu terbeli oleh kekasihnya. 4. Kerjaku ini terlihat oleh penyelia. 5. Bunga itu terpijak oleh saya. 6. Buku bapa terambil oleh saya. | Tatabahasa | 17.02.2013 |
adakah DBP menawarkan mana-mana individu untuk melakukan kerja-kerja terjemahan?ada sumber mengatakan masih banyak buku-buku yang belum diterjemah,terutama buku english.kalau kerja2 terjemahan tersebut wujud,bolehkah pihak DBP memberitahu sy cara untuk memulakan kerja2 tersebut?terima kasih... | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, walau bagaimanapun, saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2811814. | Lain-lain | 23.07.2008 |
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar. | Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran. Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya. | Tatabahasa | 03.11.2008 |
Salam, Huraian di bawah adalah mengenai kata kerja, Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 144. soalan saya: bagaimanakah kita boleh mengetahui sesuatu kata itu adalah kata kerja transitf atau tak transitif (saya tidak mahu definisinya). Contohnya "memasukkan", bagaimanakah kita boleh mengesahkan bahawa kata itu adalah transitif atau tak transitif? Bagaimanakah kita mengetahui perkataan itu memerlukan objek atau tidak. Adakah cara yang "saintifk" untuk menentukan pengkategorian itu? Adakah terdapat justifikasi akademik yang kukuh untuk kita menentukannya? | Antara cara untuk mengenal pasti kelas kata ialah merujuk kamus. Kamus Dewan tidak membubuh kelas kata perkataan, perincian kelas kata boleh dikenal pasti dengan melihat contoh ayat yang digunakan. Lihat entri perkataan masuk - memasukkan, ia memasukkan mesin taip ke dalam bilik, perkataan memasukkan diikuti objek. Tidak semua ilmu boleh diuji secara saintifik, termasuklah ilmu bahasa. | Lain-lain | 06.10.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" | Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan. Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak. Tajuk kursus: 1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti. 2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti. | Makna | 12.02.2014 |