Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (chem) karbon: ~ filament, filamen karbon; 2. carbon paper, kertas karbon; 3. carbon copy, salinan (karbon). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carbon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CARBON FOOTPRINTJEJAK KARBON (CADANGAN)Istilah18.11.2010
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan dengan pelaksanaan 'low carbon society' di universiti saya. Soalan saya adalah, apakah terjemahan yang sebetulnya bagi frasa 'Low Carbon Society'? adakah ianya: 'Masyarakat Rendah Karbon'; 'Masyarakat Karbon Rendah' atau 'Masyarakat Berkarbon rendah'?Dalam data kami, belum terdapat padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan Low Carbon Society. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan Persekitaran Berkarbon Rendah bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan18.01.2017
Assalamualaikum/Selamat pagi, 1. Saya ingin kepastian mengenai terjemahan kata "carbon nanotubes". Yang mana yang tepat? karbon tiub nano atau karbon nanotiub atau saya boleh gunakan kedua-duanya? 2. Bagaimana pula untuk perkataan "multi-walled carbon nanotubes"? Untuk istilah "multi-walled" bolehkan saya guna istilah multi dalam bahasa melayu? Seperti "multi-dinding"? Sekian, terima kasih. Aminah.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "carbon nanotube" dan "multi-walled carbon nanotube" ialah nanotiub karbon dan nanotiub karbon multidinding.  Istilah02.11.2016
apakah istilah bahasa melayu untuk 'carbon footprints'?Untuk makluman, istilah "carbon footprints" tidak ada dalam pangklan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jejak karbon.Istilah15.03.2013
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk tajuk thesis berikut: "Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk".Cadangan terjemahan bagi Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk ialah "Pembuatan bahan serapan karbon mineral daripada sekam padi"Makna08.11.2022
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu bagi diamond-like-carbon

Cadangan terjemahan diamond like carbon ialah “karbon dengan salutan berlian”.

Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang.

Penyemakan dan penterjemahan21.12.2022
Adakah istilah-istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" boleh diterjemahkan sebagai "pelepasan karbon bersih" dan "pembasmian hutan bersih"? atau adakah terdapat istilah spesifik dalam Bahasa Malaysia? Terima kasih.Terjemahan dan istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" dalam bahasa Melayu tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan yang tuan/puan cadangkan boleh digunakan.Istilah12.10.2017
Saya mendapati tiada istilah "graphene" (A form of carbon consisting of planar sheets which are one atom thick, with the atoms arranged in a honeycomb-shaped lattice. Oxford) di dalam pengkalan data DBP. Bagaimanakah untuk mendapatkan istilah tersebut di dalam Bahasa Melayu? Bolehkah saya menggunakan "grafen" kerana "grapheme" telah diterjemah sebagai "grafem". Terima kasih.Dengan mengambil kaedah penyesuaian ejaan grapheme menjadi grafem, maka grafhene boleh menjadi grafen dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan14.05.2015
Selamat sejahtera, Adakah "salinan selindung" boleh disingkatkan kepada "SS" atau "SKS" (dijumpai di website Microsoft)? Jika sekiranya tidak, sila nyatakan sekiranya "Bcc" boleh digunakan atau jika pihak DBP mempunyai sebarang cadangan yang lain. Terima kasih.Salinan selindung ialah terjemahan blind carbon copy dan dalam bentuk singkatan ditulis bcc. Sila klik carbon+copy">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=carbon+copy untuk maklumat lanjut.Tatabahasa20.05.2015
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1.   sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita.

2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 

3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Istilah23.07.2009
12

Kembali ke atas