Perkataan yang sesuai untuk pegawai awam: i. business card atau name card? ii. terjemahan tepat dalam bahasa melayu bagi business card (kad perniagaan) dan name card (kad nama) betul atau salah? | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah 'business card' dan padanan bahasa Melayunya ialah kad nama. | Istilah | 04.04.2011 |
Apakah padanan sesuai untuk istilah 'trading card game' dalam BM? Trading card game ialah sebuah koleksi kad permainan yang boleh dibeli di pasaran dan berlawan/bermain sesama pemain seperti kad permainan Yu-Gi-Oh dan pokemon. Terima kasih | Padanan yang sesuai untuk trading card game dalam bahasa Melayu ialah permainan kad. | Makna | 27.11.2022 |
Bolehkah saya terjemahkan "card skimming" kepada kecurian data kad? | "Card skimming" boleh diterjemahkan kepada kecurian data kad. Namun begitu, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat. | Istilah | 18.04.2020 |
Salam hormat DBP, Saya bagi pihak Tesco Stores Malaysia S/B ingin mendapatkan pengesahan bahasa yang digunakan dalam "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" yang bakal digunakan oleh pihak Tesco. Visual "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" dilampirkan untuk tindakan lanjut pihak DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus "Customer Calling Card" dan "Shopper Operations Board". Istilah bahasa Melayu untuk "calling card" ialah kad nama. Istilah yang dicadangkan ialah Kad Nama Pelanggan. Istilah yang dicadangkan untuk "Shopper Operations Board" ialah Papan Operasi Pembeli-belah. Sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai, sila berikan penerangan lanjut tentang istilah tersebut. | Istilah | 01.10.2012 |
Racial card dalam bahasa melayu? Terima Kasih | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: racial card - kad ras Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 29.11.2021 |
saya nak tahu terjemahan perkataan "business name card" dalam bahasa melayu. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah 'business card' dan padanan bahasa Melayunya ialah kad nama. | Istilah | 30.03.2013 |
Boleh tolong terjemahkan istilah bahasa Ingeris "e-Medical Card" ke bahasa Melayu. Adakah e-Kad Perubatan atau Kad e-Perubatan". | Cadangan padanan bagi istilah e-medical card dalam bahasa Melayu ialah kad e-perubatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.07.2024 |
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan 2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID 3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi | Istilah | 08.03.2016 |
Untuk ayat bahasa Inggeris 'Select the offer card for the offer you'd like to redeem', mana satukah terjemahan yang gramatis? 1. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang ingin anda tebus. 2. Pilih kad tawaran bagi tawaran yang anda ingin tebus. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.01.2017 |
I did't have a social security card. | Tiada soalan dikemukakan, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 06.05.2012 |