| Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih | 1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan 2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular 4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
| Perlukan alih bahasa PRE-HOSPITAL CARE | Berdasarkan rekod kami, istilah bahasa Melayu dalam bidang perubatan untuk post-hospital care ialah jagaan selepas hospital. Oleh itu, cadangan pre-hospital care dalam bahasa Melayu ialah jagaan sebelum hospital. | Istilah | 14.04.2017 |
| Terima Kasih. Saya ingin menggunakan perkataan Asia Care atas signboard. Boleh tak saya menggunakan Bahasa Inggeris, Asia Care Cafe? Adakah pengesahan tersebut wajib untuk memohon lesen perniagaan dari MPSJ/DBKL? Sekian Sahaja, terima kasih. | Untuk mendapat pengesahan DBP, perkataan "KAFE" perlu diletakkan di bahagian atas dan "Asia Care Cafe" di bahagian bawah. Bahasa Melayu wajib diletakkan untuk memohon lesen perniagaan daripada DBKL. Untuk pengesahan papan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 10.04.2014 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan BM yang sesuai untuk frasa "rapid point-of-care test" (disiplin perubatan). Contoh ayat: rapid point-of-care test that can diagnose covid-19 infection while you wait during healthcare visit. Terima kasih | Untuk frasa "rapid point-of-care test" pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "ujian titik penjagaan pantas". | Makna | 08.09.2020 |
| Gaza Care | Cadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatian | Lain-lain | 12.02.2009 |
| Human Capital Care and Events | Kegiatan dan Tanggungjawab Modal Insan Care: Penjagaan ,Kebajikan, Kesejahteraan. | Istilah | 11.01.2011 |
| "People should practice self-care" dalam BM apa? | Cadangan terjemahan untuk "People should practice self-care" ialah Masyarakat hendaklah mengamalkan penjagaan diri atau Masyarakat hendaklah mengamalkan perlindungan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks ayat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2022 |
| Apa itu continuity of care; individual-centric; provider-centric dalam BM? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah continuity of care, individual-centric dan provider-centric ialah kesinambungan penjagaan, berpusatkan individu dan berpusatkan pembekal.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.07.2022 |
| Saya ingin mengetahui penggunaan bahasa dari Bahasa Inggeris "bereavement care" ke bahasa Malaysia. Terima kasih | Cadangan terjemahan bagi "bereavement care" ialah rawatan perkabungan atau penjagaan perkabungan | Makna | 22.06.2021 |
| 1. Apakah perkataan dalam bahasa Melayu "Share & Care"? 2. Bolehkah perkataan Extravaganza digunakan dalam iklan banner/kain rentang? | 1. Share & Care boleh diterjemahkan kepada Kongsi dan Jaga, jika bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. 2. Perkataan Extravaganza boleh digunakan dalam urusan rasmi termasuklah iklan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |