Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cari lah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam struktur ayat Bahasa Melayu, adakah boleh kita menggunakan ayat "celakalah"? Sebab saya cari dalam pencarian, tiada perkataan "celakalah" digunakan.

“Celaka” bermaksud kata makian yang diucapkan apabila terlalu marah, geram dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu.

 

Partikel -lah berfungsi sebagai kata penegas yang memberikan penekanan pada kata atau frasa yang mengikutinya.

 

Dalam konteks wacana, partikel -lah juga boleh memberikan makna tambahan atau interpretasi tertentu dalam pembinaan ayat.

 

Oleh itu, “celakalah” merupakan gabungan kata dengan partikel -lah yang membawa maksud penegasan dan boleh digunakan dalam ayat bergantung pada konteks penggunaanya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 261 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 406.

Sastera04.08.2025
Assalamualaikum. Saya cari perkataan bersiap-sedialah dalam PRPM tetapi tiada. Soalan saya ialah, kalau bersiap sedia tiada sempang (-), kenapa bersiap-sedialah ada sempang? Apakah ejaan yang tepat? bersiap-sedialah ATAU bersiapsedialah ATAU bersiap sedialah. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Ejaan yang betul ialah siap sedia, apabila menerima awalan (ber) menjadi bersiap sedia, manakala perkataan bersiap sedialah tetap dieja dua perkataan kerana 'lah' adalah kata penegas dan bukan apitan (seperti ber-...-kan).Ejaan04.05.2011
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018

Kembali ke atas