| Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah. Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak... A. mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang B. membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang C. mencampuri urusan keluarga seseorang D. melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama | Tatabahasa | 29.07.2013 |
| Saya ada melakukan kajian mengenai karya novel yang mengisahkan perpisahan dalam sebuah keluarga yang akhirnya bertemu semula.Saya juga ingin mencari peribahasa atau bidalan yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut. Oleh itu saya ingin bertanya mengenai peribahasa atau bidalan yang sesuai selain "air dicincang tidak akan putus" | Peribahasa lain yang sama maksud ialah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Harap maklum. | Lain-lain | 29.05.2008 |