Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ri.kan]/[ca.ri/.kan] | چاريقن

Definisi : cabikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri.kan]/[ca.ri/.kan] | چاريقن

Definisi : yg dicarik; sobekan (kertas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carikan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke bukit,
     Carikan saya buah pulasan;
Mata memandang apa nak sakit,
     Bahu yang memikul timpa perasan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Carikan terjemahan tepat 'essential self'. Terima kasih.Essential self tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami memerlukan konsep dan bidang penggunaan istilah tersebut untu mencari dan mencadangkan padanan yang sesuai.Istilah17.10.2011
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih.Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola.Istilah27.10.2010
boleh tak carikan contoh teks pidato bahasa melayu??Setakat ini belum ada diterbitkan sebuah buku yang mengandungi contoh pidato. Sila rujuk Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini.Lain-lain29.05.2008
tolong saya carikan definiusi bagi penyeludupan?Penyeludupan bermaksud perihal menyeludup(kan), iaitu perbuatan menyembunyikan, menyorokkan; memasukkan (barang, dll) secara haram atau gelap.Makna15.03.2008
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupanPenyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. Lain-lain14.03.2008
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkuranganAyat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan.Tatabahasa31.10.2007
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh

1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian.

 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. 

Tatabahasa21.08.2008
tuan, tolong bantu carikan terjamahan dalam BM ayat berikut; 1. advance development and skill training 2. developing people lifeTerjemahan ayat yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Contohnya, "advance" boleh bermaksud lanjutan, maju, peringkat tinggi, awal dan sebagainya. Oleh itu, ayat tersebut boleh diterjemahkan kepada beberapa padanan bahasa Melayu. Contohnya: Latihan Kemahiran dan Pembangunan Lanjutan, Latihan  Kemahiran dan Pembangunan Peringkat Tinggi. Cadangan terjemahan untuk "developing people life" ialah membangunkan kehidupan rakyat atau membangunkan kehidupan masyarakat.Penyemakan dan penterjemahan03.01.2017
Assalamulaikum Tuan, Minta tolong carikan maksud kendaraWassalam,

Kendera bermaksud; berkenderaan iaitu menaiki sesuatu jenis kenaikanan (seperti motokar dan lain-lain), menunggang kuda (gajah dan lain-lain); Pengendera 1. orang yang menaiki atau menggunakan kenderaan.
Makna25.10.2016
Perkataan Bahasa Inggeris untuk 'mencebik'. Terima kasih.

Puan Hasnah,

Perkataan bahasa Inggeris bagi mencebik yang telah saya usaha carikan ialah - pout

Makna24.06.2010
12

Kembali ke atas