Saya dari industri pengangkutan (transportation) ingin dapatkan terjemahan dalam bahasa melayu bagi perkataan berikut untuk dimuatkan dalam "Consignment Note" kami. Harap dapat terjemahan yang bersesuaian dengan terma logistik 1) Delivery Date 2) Planned Delivery Date 3) Pick-up 4) Walk-in 5) Cash on delivery 6) Cash on collection 7) Consignment number 8) Fixed delivery time | 1) Delivery Date = Tarikh Penyerahan 2) Planned Delivery Date = Tarikh Penyerahan Dirancang 3) Pick-up = Kutipan 4) Walk-in = Kutipan Sendiri 5) Cash on delivery = Tunai Semasa Penyerahan 6) Cash on collection = Tunai Semasa Kutipan 7) Consignment number = Nombor Konsainan 8) Fixed delivery time = Masa Penyerahan yang Ditetapkan | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2014 |
Apakah terjemahan 'cash deposit machine' dalam bahasa Melayu? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: cash deposit machine - mesin deposit tunai Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.07.2021 |
saya ingin bertanya tentang terjemahan "CASH IN TRANSIT" dalam bahasa melayu@malaysia...sekian,terima kasih... | Istilah bahasa Melayu untuk cash in transit ialah wang tunai dalam transit. | Istilah | 29.11.2012 |
Bolehkan tuan memberikan terjemahan rasmi bagi perkataan-perkataan berikut? 1. Lock In Period 2. Cash Back 3. Reward Points 4. Air Miles 5. Complimentary | Maklumat yang ada dalam sumber rujukan kami ialah: Cash Back - wang tunai dikembalikan, Reward Points - mata ganjaran, dan Complimentary - pujian atau hadiah ikhlas. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.09.2017 |
Salam, Ingin maklum balas samada terjermahan di bawah adalah betul. English We reward good drivers like you Get 15% Cash Back for motor insurance BM Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan Pulangan Tunai 15% bagi insurans motor Sekian, terima kasih. | Salam, Dicadangkan terjemahan: Ganjaran untuk pemandu berhemah. Dapatkan pulangan wang tunai 15% bagi insurans motor. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: penciller - pensiler Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.05.2021 |
Salam. Apakah frasa BM yang sesuai untuk "speaking circuit" dalam contoh ayat berikut Just like most politicians, presidents don't endure the rigors of the campaign trail and put up with life as the most scrutinized leader in the world for the money. The cash really starts rolling in when our commanders-in-chief leave the White House and hit the speaking circuit. Terima kasih. | Tidak ada padanan speaking circuit dalam pangkalan data kami. Berdasarkan semakan kami, agak sukar untuk mencari padanan bagi istilah berkenaan dalam satu atau dua perkataan, melainkan dibuat huraian bagi konsep sebenar yang berkaitan speaking circuit dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.08.2017 |