BAGAIMANAKAH CARA PENULISAN YANG BETUL: Kertas lukisan dan cat air, atau cat poster, atau cat tempera ATAU Kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera | Tanda koma tidak perlu sebelum kata "atau" kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. | Ejaan | 25.03.2013 |
definisi melukis dan menulis | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; | Makna | 02.08.2010 |
Saya ingin mengetahui sama ada perkataan cit-cat wujud dalam kamus DBP? Adakah perkataan sah dan sesuai digunakan dalam mana-mana komunikasi media dari segi ejaan dan penggunaannya. Boleh beri contoh? | Istilah Cit Cat tiada dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, Cit Cat ini merupakan sebuah rancangan hiburan yang siarkan oleh stesen televisyen. Oleh hal yang demikian, Cit Cat bukan merupakan istilah dalam bahasa Melayu untuk digunakan dalam laras komunikasi media. | Istilah | 24.03.2009 |
Kedai Cat Multi Colour | Nama ini tidak sesuai untuk digunakan. Mohon pelanggan untuk faks iklan untuk pengesahan. | Lain-lain | 07.03.2007 |
1.Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.. 2.banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Minta Bantuan analisis ayat sama ada Betul Atsu Salah..tq.. | Kedua-dua ayat berikut betul dengan sedikit pindaan. 1. Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat. 2.Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
istilah bahasa melayu jenis kertas cat air (lukisan) 1.cold press paper 2.soft press paper 3.hot press paper | Tidak ada padanan bagi istilah tersebut dalam sumber rujukan kami. Mengambil contoh istilah hot press yang diberi padanan cetak panas, kami mencadangkan padanan bagi istilah tersebut adalah seperti yang berikut: cold press paper = kertas cetak sejuk, soft press paper = kertas cetak lembut dan hot press paper = kertas cetak panas. | Istilah | 05.09.2011 |
Imbuhan peN....menjadi penge....apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata. Contoh; cat> pengecat, had>pengehad, kod> pengekod, tut> pengetut. Bagaimana pula dengan pengelibatan....sedangkan KELIBAT tiga suku kata dan tiada kata GELIBAT dalam BM. Terima kasih | Imbuhan peN...menjadi penge...apabila bertemu dengan perkataan yang berawalan k, p, t, dan s, termasuk dengan perkataan kelibat menjadi pengelibatan. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Memohon disenaraikan perkataan-perkataan yang boleh disambungkan dalam satu suku kata | cat, bas,roh dan lain- lain lagi. Untuk keterangan lanjut rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Tatabahasa | 27.08.2007 |
salam, dalam bahasa Inggeris adakah sama seperti bahasa Melayu yang penggunaan koma (,) perlu diletak selepas kata "and", contohnya Bird, cat, cow and dog? | Penggunaan tanda baca dalam teks bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa. Sila rujuk Pusat Bahasa di tempat suadara belajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Ejaan | 02.04.2012 |
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih. | Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat. | Makna | 13.06.2009 |