Repositori Catan adakah perkataan ini betul atau salah | Repositori Catan Perkataan ini betul. | Makna | 23.01.2019 |
Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. | Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. | Tatabahasa | 07.04.2019 |
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini. | Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik) (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179) Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya: Masak – pemasak Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya: Perkosa – pemerkosa Tahan – penahan Karang – pengarang Selam – penyelam Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132) | Tatabahasa | 11.07.2019 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |