maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~. | Tatabahasa | 26.11.2008 |
Assaalamulaikum, mohon untuk huraian maksud rangsum makanan rangsum atau lain-lain yang makna yang berkaitan | Rangsum sama maksudnya dengan catuan, iaitu bahagian (makanan) yang telah ditentukan banyaknya. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rangsum. | Makna | 19.10.2012 |