Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
1) Adik minum susu dari cawan. Atau Adik minum susu dengan cawan. Ayat yang manakah adalah betul? 2) Saya makan nasi dengan sudu. (Adakah ayat ini betul dari segi penggunaan tatabahasanya)Ayat yang betul ialah 1. Adik minum susu dengan cawan. 2. Saya makan nasi dengan sudu.Tatabahasa20.01.2014
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan.Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama:

...seperti roti, pisau, sudu dan cawan.
Tatabahasa01.04.2014
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010
1.apakah kesalahaan ayat ini? - cawan ialah bekas minuman. 2.bagaimanakah hendak digunakan ialah dan adalah? 3. yang manakah betul antara - sampah-sarap dengan sampah sarap

1. Cawan ialah bekas minuman - tidak mengandungi sebarang kesalahan.

2. "Ialah" digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Contohnya: Anak ialah anugerah Allah SWT, manakala "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta.

3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan yang betul ialah sampah sarap, tidak perlu diletakkan tanda sempang kerana perkataan sarap membawa makna tersendiri. 

 Terima kasih.       

Tatabahasa16.01.2008
Saya ingin mendapatkan koleksi pantun yang sesuai untuk majlis pernikahan.saya juga inginkan kepastian tentang penjodoh bilangan untuk jarum,selain daripada sepucuk,bolehkah kita gunakan sebilah?Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk cawan,gelas,pasu dan pinggan?Sila dapatkan buku Kurik Kundi (koleksi pantun) terbitan DBP. Boleh. Penjodoh bilangan untuk cawan, gelas, pasu dan pinggan ialah sebuah.Tatabahasa29.07.2007
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong.

Istilah21.10.2009
Adakah ayat ini betul? Encik Ali membubuh biji.Ayat ini tidak betul kerana perlu ada perkataan lain selepas "membubuh biji". Contohnya "Ali membubuh biji kopi ke dalam cawan" dan sebagainya.Tatabahasa10.11.2014
Salam, Saya ingin bertanya apakah kata terjemahan yang paling tepat untuk "coffee sleeve"? ThanksUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "coffee sleeve" dalam pangkalan data istilah DBP. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelapik luar cawan.Istilah28.12.2016
Bilakah penggunaan kata ganti nama diri singkat "kau" dan "ku" dieja serangkai dengan kata yang mengikutinya?Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa11.12.2018
12

Kembali ke atas