| Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya ingin bertanya perkataan 'menstrual cup' dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai apa? Cawan haid? Cawat haid? Atau bagaimana? Mohon penjelasan, terima kasih. | Kami mencadangkan "menstrual cup" diterjemahkan sebagai "cecawan haid". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 15.11.2021 |