| Salam sejahtera. Saya ingin meminta kepastian sama ada terjemahan saya "Rakaman CCTV" boleh digunakan bagi "CCTV Footages"? Terima kasih. | Betul, padanan bahasa Melayu untuk “CCTV footages” ialah rakaman CCTV. | Makna | 29.07.2023 |
| Apa CCTV dalam bahasa melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) ialah Kamera Litar Tertutup. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.05.2023 |
| Salam, Mohon pencerahan berhubung penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu. Televisyen Litar Tertutup atau Kamera Litar Tertutup? Terima kasih. | Penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu ialah Televisyen Litar Tertutup. Namun begitu, untuk konsep boleh diperluaskan kepada penggunaaan Kamera Litar Tertutup. | Istilah | 10.10.2019 |
| Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih | Encik Nazri, Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup. | Istilah | 16.01.2010 |
| Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut | Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan. 1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204 2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 10.03.2022 |