Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cebis;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali menggunakan secebis/secarik kain untuk membalut luka? adakah penjodoh bilangan cebis dengan carik membawa maksud yang sama? terima kasih.Cebis sama maksudnya dengan carik, iaitu potongan kecil. Oleh itu, cebis dan carik kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa16.06.2013
Maaf tuan, sayapun fikir begitu, tapi ada soalan utk sekolah rendah mcm tu... pilihannya antara percik atau cebis.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat dan Tatabahasa, perkataan tersebut sudah boleh memberi makna tanpa penjodoh bilangan. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa25.02.2013
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010

Kembali ke atas