Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cap] | چچڤ

Definisi : ; mencecap 1. menjilat dan mengemam (mengecap) makanan utk merasa manisnya (masinnya dll): sebelum disaji, dicecapnya gulai itu; 2. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cap] | چچڤ

Definisi : ; mencecap merasa (menjilat dll) makanan dgn lidah utk mengetahui manisnya (masinnya dll); mengecap. cecapan hasil drpd mencecap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah perkataan yang betul penggunaannya. Menyisip minuman atau mencicip minuman?Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278.Makna10.02.2017
Tuan, dalam Kamus Dewan ada termuat perkataan merarau (makan tengah hari) dan kudapan (kuih-muih). Bagaimana pula dengan perkataan 'cicipan' yang kian leluasa diguna pakai oleh sesetengah juruacara untuk merujuk kepada makan kuih pada waktu petang sedangkan dalam Kamus Dewan tidak memuatkan kata 'cicipan' yang merujuk kepada makan kuih pada waktu petang? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Encik Nik,

Perkataan yang betul ialah cecap yang  bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. Perkataan cicip/mencicip bermaksud berbunyi seperti bunyi burung.    

Makna05.07.2010

Kembali ke atas