dalam ayat yang menggunakan "hanya", "adakah ayat itu boleh diakhiri dengan "sahaja" Contoh: Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera. atau Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera sahaja. Contoh2: Tugas itu hanya melibatkan Ali sahaja. atau Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Hanya bermaksud tidak lebih daripada atau sahaja, oleh itu jika telah ada kata hanya tidak perlu lagi diakhiri dengan kata sahaja, contoh: Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Tatabahasa | 20.05.2008 |
Soalan 1 Antara berikut yang manakah betul? A. Siti cedera akibat terjatuh dari basikal. B. Siti cetera akibat terjatuh daripada basikal. Soalan 2 Berdasarkan soalan 1, menagapakah adalah jawapan tersebut? Soalan 3 Perbezaan antara dari dan daripada. Sekian terima kasih. | 1. Siti cedera akibat terjatuh daripada basikal. 2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah! | Tatabahasa | 16.05.2020 |
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. | Makna | 07.06.2008 |
Jika dia terjumpa haiwan yang cedera, dia akan membawa haiwan itu balik ke rumahnya untuk dirawat. Betul tak ayat ini? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 17.05.2015 |
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5. | 1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit". 2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit. 3. Kakak memiliki dua buah kereta. 4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394. | Tatabahasa | 15.04.2014 |
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 16.07.2013 |
Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?). | Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-) | Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
| Tatabahasa | 21.07.2013 |