Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah g betul untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah. Adakah gelarannya Chef Dr. (Nama) atau Dr. Chef (Nama)? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Penggunaan panggilan untuk seorang Cef (Chef) yang telah tamat pengajian doktor falsafah, kelazimannya menggunakan kedudukan yang lebih tinggi dahulu baru diikuti dengan kedudukan atau pangkat yang lain. Contoh: Dr. Cef Redzuan Hashim | Lain-lain | 03.12.2021 |
Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'chef'?Di dalam Kamus Dewan ejaan yang betul ialah 'cef' tetapi kebanyakan buku teks menggunakan 'chef'. Jadi, yang manakah betul?Mengapakah ada perbezaan ejaan sedangkan Kamus Dewan dan buku teks kedua-duanya diterbitkan oleh penerbit yang sama. Sila jelaskan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ejaan yang betul ialah cef. Berkenaan dalam buku teks, ,ohon namakan buku tersebut dan maklumat terperinci mengenai buku tersebut seperti tahun terbitan, tajuk dan muka surat yang menggunakan ejaan chef. Kami akan merujuk semula penerbitan buku tersebut untuk semakan. Terima kasih atas keprihatinan pihak anda. | Ejaan | 22.01.2013 |
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul" | Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”. | Tatabahasa | 03.08.2018 |
Mengapakah ejaan betul chalet dan bukan calet? Bukankah ch menjadi c dalam bahasa Melayu baku? Chandelier menjadi candelier, chef menjadi cef. Mengapakah chalet mendapat pengecualian? | Pakar bidang telah memutuskan peminjaman perkataan chalet dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan bentuk ejaan dan sebutannya. | Istilah | 11.03.2019 |
Salam, Ini adalah butir perincian buku teks yang masih menggunakan ejaan 'chef'. Nama buku: Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan; Tahun terbitan: 2012; Tajuk: Unit 21 - Anak Malaysia; Muka surat: 94. Di dalam buku ini, dinyatakan nama Chef Wan masih dieja Chef Wan dan bukannya Cef Wan seperti ejaan yang diusulkan di dalam BM. Pendapat saya ialah kita perlu selaraskan ejaan mengikut Kamus Dewan berbanding dengan istilah yang telah mantap dalam kalangan pengguna. Hal ini adalah kerana, jika ejaan seperti ini tidak diperbetul, masyarakat akan terbiasa dan cenderung untuk menggunakan ejaan yang salah. Maka, terhasillah dua versi ejaan yang boleh mengelirukan pengguna. Walau bagaimanapun, mohon maaf jika saya terkasar kata. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Kami amat menghargai keprihatian puan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dan berharap perkara ini dapat diselaraskan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); | Istilah | 01.07.2009 |