Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ka/] | چکق

Definisi : ukuran yg besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari lain: berilah aku sirih se~; ~ rambut alat drpd plastik dsb utk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus; baju ~ musang baju yg berleher tinggi; pinggang se~ jari manis sebesar yg terpegang oleh ibu jari dan jari manis; bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan; mencekak 1. memegang sesuatu dgn mem­pertemukan ibu jari dgn jari tengah (jari te­lunjuk atau jari-jari lain): tukang sampan itu pun ~ dayung; 2. memegang pinggang, sama ada dgn sebelah tangan atau kedua-duanya; 3. mencengkam leher dgn kuat: ~ leher musuhnya; 4. menggunakan alat, mis cekak rambut utk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : gamak, harapan: buat saya, tidak ada ~ lagi utk lulus peperiksaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : Mn kelahi; bercekak berkelahi; cakak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ka/] | چکق

Definisi : 1 ukuran yg besarnya ditentukan oleh bulatan yg dibuat dgn memper­temukan ibu jari dgn jari lain: dua ~ tangkai padi. 2 = ~ rambut alat drpd plastik, getah dsb yg digunakan utk menahan rambut drpd menutupi muka atau supaya rambut kelihatan kemas. se~ jari manis cekak yg dibuat dgn mempertemukan ibu jari dgn jari manis. bercekak; ~ pinggang memegang kiri kanan pinggang dgn kedua-dua belah tangan. mencekak 1 memegang dgn ibu jari yg dipertemukan dgn jari te­ngah (atau jari-jari lain). 2 mencekik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekak

Puisi
 

Tanam seberang si cekak manis,
     Lada muda di punca kain;
Laranya hidup adik jangan menangis,
     Tubuh muda ambo cari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekakJawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah:
b) papan...ikat
d) papan...cekak
Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan.
Tatabahasa12.03.2013
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
bagaimana membezakan penjodoh bilangan cekak dan gemal? Contoh ayat: Lily membeli (secekak/segemal) lidi di pasar pagi.Berdasarkan makna kata, gemal juga merujuk ukuran berasaskan cekak. Oleh itu, penggunaannya boleh bersilih ganti.Tatabahasa07.03.2019
Assalamualaikum Tuan/Puan, ‘Headband’ yang melingkari dahi (rujukan seperti dalam gambar) dipanggil apa dalam BM? Adakah ‘cekak rambut’ sesuai digunakan?

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "headband " dalam bidang Kesenian ialah cekak kepala.

Istilah20.12.2022
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih.

1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk.

3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih.    

Tatabahasa12.04.2010
Jawapan manakah yang betul ? Nenek membentangkan _______tikar mengkuang di halaman lalu menaburkan beberapa _________ padi untuk dijemur. A Sekajang.......genggam B Segelung.......gemal C segulung.......cekak D sehelai......cupakJawapan yang betul ialah D. sehelai .... secupak...Tatabahasa21.05.2013
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas