Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la] | چلا

Definisi : 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn per­buatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. ke­aiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la] | چلا

Definisi : 1 kekurangan atau kerosakan yg terdapat pd sesuatu; cacat; cedera: Tingkah laku gadis itu tiada cacat ~nya. 2 dpt menyebabkan atau mendatangkan malu (ttg perbuatan, kelakuan dsb); aib. 3 = celaan ejekan yg keras; kata-kata yg kesat; kecaman. mencela menyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cela

Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa makna amarah dan mazmumah ?Amarah ialah marah, mazmumah pula ialah sifat keji,cela,hina.Makna26.01.2010
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013

Kembali ke atas